Whatever Will Be, Will Be...

Wednesday, December 28, 2005

bab 12 - minggu yang sedikit sibuk

menjelang tahun baru dan membina hidup baru..lebih kurang bunyinya, pengisiannya sebenarnya berbeza.. lama tak update blog pun sebab banyak juga perkara yang hendak diuruskan, banyak juga perkara yang difikirkan. jadi tak dapat beri sesuatu dalam blog ini. namun, jika terluang saya akan terus update blog ini mengikut apa yang ingin saya bualkan, berkenaan cerita-cerita dunia. sekian!

Sunday, December 25, 2005

bab 11 - free commenting

commenting and trackback have been added to this blog.

Friday, December 23, 2005

bab 10 - sana'y wala nang wakas



anda suka yang mana? ara dan christian? atau grace dan leo? bagaimana pula nasib mary anne pada pandangan anda?

telenovela filipina ini sudah beberapa kali ditayangkan di kaca tv. saya hanya sempat menonton sekali dan untuk tayangan ulangan ini, saya sesekali menonton ketika ada masa luang. apa yang saya lihat, walaupun kesekian kalinya ditayangkan, kegilaan terhadap telenovela ini masih marak walau tidak semarak ketika pertama kali ditayangkan. melihat fenomena sedemikian, penerbit drama tersebut barangkali teruja untuk memberikan kesan yang lebih mendalam terhadap penonton lalu dibiarkan penonton membuat pilihan bagi kesudahan jalan cerita ini. di malaysia, penyudahnya diberikan kepada pasangan ara dan christian. namun, saya berhak mempunyai pandangan sendiri yang mana saya lebih gemar melihat pasangan grace dan leo bersatu.

pilihan kita bagi saya merupakan karakter diri kita yang sebenar. lebih dramatik individu itu sekiranya merestui pasangan ara dan christian manakala jika memilih pasangan grace dan ara, bagi saya mereka itu lebih terbuka. salahkah penilaian saya? anda berhak menangkis, kemudian berilah pendapat anda.

berbalik kepada percintaan ara dan christian yang pada mulanya sangat romantik, susah senang bersama dan penuh dengan elemen yang dipanggil 'tidak berpijak dibumi nyata' yang kadangkala dilakukan oleh christian, apa yang berlaku adalah sangat membosankan walaupun pada mulanya hubungan berjalan dengan baik. tapi dek kerana banyak perkara yang dilakukan yang membuatkan saya terfikir, mungkinkah dalam dunia sebenar boleh berlaku, atau boleh dilakukan?
cinta mereka kemudian teruji lantas perjalanan cerita yang sedikit longgar itu menemukan ara/grace kepada leo. saat itu, penonton didatangkan hero baru yang lebih menggambarkan dunia sebenar. lebih realistik. penonton yang kebosanan melihat hubungan christian dan ara kemudian rasa lebih terhibur dengan kemunculan leo. mary ann juga kemudian memainkan peranan seolah-olah memberikan pilihan kepada penonton untuk menggantikan tempat ara di hati christian yang ketika itu kehilangan cinta ara pada zahirnya.

konflik demi konflik berlaku, penonton mula menggemari leo dan grace namun bagi mereka yang masih mengenangkan ketelusan cinta ara dan christian, masih mengharap ara meluahkan rasa cinta sebenar terhadap christian yang seringkali menunggu jawapan ara ketika grace/ara hangat bercinta dengan leo. dramatik bukan? faktor simpati terhadap christian yang tidak bersalah mungkin amat menebal menyebabkan undian banyak diberikan kepada christian untuk memenangi ara. faktor lakonan bersama dalam drama-drama terdahulu juga mungkin memainkan peranan. sayang, kedatangan mary ann tidak dapat menarik simpati penonton untuk cuba memisahkan ara dan christian supaya mary ann dapat memenangi christian. sekali lagi bunyinya agak melankolik. mujurlah dalam episod akhir edisi malaysia yang mana peluang diberi kepada ara dan christian untuk menyudahkan cerita telah memberi kelegaan kepada mary ann dengan menemukan kepada beliau seorang jejaka lain.

apakah yang akan berlaku kiranya leo memenangi grace? saya tercari-cari penamat yang sedemikian namun hingga kini masih belum ditemui.

waktu siaran ulangan :
astro prima - 10.00 pagi - isnin hingga jumaat
rtm tv2 - 2.30 petang - isnin hingga jumaat

Thursday, December 22, 2005

bab 9 - keputusan pmr

kali ni bercerita sikit pasal keputusan pmr yang baru je sebentar tadi rasminya diketahui oleh para lepasan pmr 2005. berita penuh malam ini kat berita pukul lapan. dengar-dengar cerita pelajar terbaik pmr daripada terengganu, sek. men. agama tok jiring nama sekolahnya. besnya lagi, 2 orang pulak tu. tapi entah cerita khabar angin yang didengari ni betul atau tidak, nantikan berita malam ini, tak pun suratkhabar esok. tahniah untuk mereka.

bila cakap pasal keputusan peperiksaan, biasanya zaman-zaman dulu, mesti dapat hadiah daripada orang tua kalau kiranya keputusan yang diperolehi cemerlang. tapi sekarang nampaknya dah makin kurang tradisi demikian dilaksanakan oleh rakyat malaysia. pada pandangan saya, ini semua kerana zaman sekarang budak-budak sekolah banyak yang cemerlang. dah macam tak susah lagi peperiksaan zaman sekarang. macam-macam nota, macam-macam modul yang dibekalkan, kalau tak dapat cemerlang juga tak tahu lah saya. sebab tu dah makin meningkat pulak bilangan pelajar ke universiti tambah pulak lagi sekarang kerajaan beria benar nak tubuhkan banyak lagi universiti. sikit-sikit nak bukak universiti, bukak fakulti aje tak bolehke? lepas tu yang menganggur pun banyak juga.

balik pada ganjaran yang diterima, ada yang dapat duit, ada yang dapat motorsikal, kereta dan ada juga yang tak dapat apa-apa. zaman sekarang, zaman canggih teknologi ni, apa lagi yang budak-budak perlukan sebagai hadiah daripada kecemerlangan peperiksaan? nak kata handset, masing-masing dah sedia ada handset, nak diberi duit, tak payah la rasanya, sebab masing-masing dah kaya, kalau tak, tak pulak sepanjang hari duk chat kat @15 tu yang rata-ratanya budak-budak sekolah juga. mungkin sebab itu sekarang tak banyak yang dapat habuan lagi.

tak lama lagi keputusan spm pula. kepada yang akan ambil result spm tu, sempat lagi nak berdoa, bersembahyang hajat. jangan asyik ingat dah habis sekolah anda dah boleh bebas, kerana tanggungjawab lepas sekolah lagi besar, lagi mencabar sebab hidup anda baru nak berkenalan dengan cubaan dunia. sekian!

Tuesday, December 20, 2005

bab 8 - banjir dulu dan sekarang

ade mase skit sblom tidur, cerita sikit pasal banjir zaman dulu dan banjir zaman sekarang. entah tiba2 terfikir pulak. entah macam mana orang zaman dulu menghadapi banjir. kalau ditanya kat atuk nenek atau pun pada mak bapak la senang cerita, diorang 'sambut' banjir cam bes je kan. siap gotong royong buat sampan, pastu mandi ramai2..zaman sekarang boleh ke? hehe..saja terfikir situasi orang zaman dulu. ada ke bantuan mangsa banjir, beras, selimut dan sebagainya. sekarang punya banjir cam satu acara tahunan la pulak. tiba je musim banjir, ramai2 pakat pindah masuk sekolah, balai raya dan sebagainya, gotong royong masak nasi. habis banjir, pakat ramai-ramai bersih rumah. tapi kesian juga bila harta benda mereka dah musnah apa lagi kalau tengok separuh rumah tenggelam nampak atap cuma. belum masuk bab kereta terapung lagi. aduh, kesian sungguh.

pada kita yang tak jadi mangsa banjir ni, beringat lah juga. tahun lepas 26 disember, tsunami melanda. yang jauh dengan pantai pun kena juga. bukan nak meramal tapi beringat lah sentiasa, sebab banyak kejadian buruk berlaku dalam lingkungan tarikh-tarikh dan waktu sebegini juga. ribut kat keningau 1998 pun 26 disember juga tarikhnya, dan banyak juga kejadian lain berlaku dalam lebih kurang waktu-waktu sebegini kisahnya

itu saja, saja nk beringat sesama kita. yang nak pergi sambutan tahun baru ke, sambutan krismas ke, konsert itu ke, pesta ini ke, ingat-ingat lah sikit. ok. assalamualaikum!

Saturday, December 17, 2005

bab 7 - nikki dalam kaca


ayoyo.. promosi album yang bersifat realiti. orang dalam kaca. pernah lihat raja ular dalam kaca? pernah tengok raja jengking dalam kaca? david blaine ada jugak duduk dalam kaca, tapi ia sebenarnya ais yang lutsinar. nikki pun buat lebih kurang sama dengan diorang ni. duduk dalam kaca juga. kalau akademi fantasia tinggal dalam banglo yang kemudiannya diteropong oleh rakyat malaysia melalui saluran astro ria, nikki pun lebih kurang sama juga kaedahnya. cuma tak la sampai seluruh rakyat malaysia dapat tonton aktiviti si gadis sabah ni. cuma rakyat yang ada di sana mungkin.

saya mewakili rakyat biasa yang akan menerima impak sama ada promosi nikki ini berkesan atau tidak. apa yang saya tahu hanya itu. berada 3 atau 4 hari dalam kaca tersebut kemudian akan keluar untuk promosi album beliau. saya tak tahu sama ada ada ditunjukkan sedutan beliau di dalam kaca tersebut di televisyen atau tidak. gimik dan promosi yang dilakukan hanya sampai di situ sahaja. rakyat yang melayari internet dan mengetahui url blog-blog tertentu sahaja akan terdedah dengan promosi tersebut yang dipanggil projek maharani itu. bagi golongan yang tidak lama di internet, hanya menonton tv dan membaca suratkhabar jarang yang tahu kewujudan promosi ini. saya ada membuat sedikit survey berkenaan projek tersebut dan hasilnya, tiada yang tahu pun mengenai nikki. kasihan mereka atau kasihan nikki? mereka tidak kenal siapa nikki melainkan saya yang terpaksa memperkenalkan nikki kepada mereka. itu pun mereka masih bertanya yang mana satu nikki.

harapannya supaya nikki berjaya mempromosikan dirinya sekaligus mempromosikan album beliau. dengan sokongan penggiat projek maharani, mungkin rakyat akan lebih mengenali beliau. namun pada pendapat saya, nikki sudah dikenali oleh pelayar internet tetap, cuma projek tersebut menampakkan kesungguhan mereka mempromosikan seorang penyanyi wanita yang dikira berbakat dan memenuhi citarasa mereka dengan harapan seluruh rakyat juga 'tidak buta' menilai seperti mereka.

persepsi masing-masing seharusnya dihormati. kalau mahu dihormati, belajarlah menghormati orang lain juga. jika mahu orang menghormati pandangan dan citarasa anda, hormatilah minat orang lain juga kerana tak semestinya kita semua betul dan tak semestinya mereka semua benar. apapun, selamat berjaya kepada nikki.

sumber gambar: www.thestar.com.my

Thursday, December 15, 2005

bab 6 - dealova, apa artinya cinta?




aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

korus:
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

ulang korus [2x]
selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Dealova - Once (OST Dealova) boleh download di sini

sudah dua minggu saya mendengar soundtrack dari filem dealova ini. judulnya saya kurang pasti lantas saya hanya menamakan lagu tersebut sebagai dealova saja dan saya kira pembaca kebanyakan sudah mendengar lagu merdu tersebut.. sangat menusuk jiwa apa lagi jika didengar pada waktu malam dalam kesuraman cahaya yang dihembus pula oleh angin sepoi bahasa. tambah sekarang musim hujan menambah lagi elemen melodrama dalam realiti hidup kita. sesekali melayan perasaan seronok juga.

saya sebenarnya terlalu ingin menonton cerita ini. lagu yang sangat menyentuh jiwa ini membuat saya tertarik mahu menonton filem tersebut. dealova. apakah maksud disebalik nama filem ini. apakah cerita yang terkandung dalam cerita ini. adakah lirik lagu ini menggambarkan sedikit jalan cerita ini atau pun tidak? saudara pembaca yang pernah menonton filem ini, sila lah hubungi saya supaya saya dapat menonton, berkongsi jalan cerita ini. saya harap saya tidak kecewa dengan cerita ini jika saya akhirnya dapat menonton filem ini. melalui melodi yang indah, lirik yang ringkas, mudah difahami tetapi melankolik. sungguh menarik minat saya untuk menonton sendiri apakah filem ini sehebat soundtrack?

saya sendiri tidak tahu sudahkah filem ini ditayangkan, siapakah pelakon cerita ini, apakah sudah di vcd kan? ini kerana saya hanya mendengar soundtrack yang diperkenalkan oleh jcto dua minggu lalu kemudian terus terpikat dengan muziknya. kepada pembaca yang belum mendengarnya, saya sarankan anda dengar dulu baru nyatakan sendiri apakah yang anda rasa, apa yang anda fikir tentang lagu tersebut. mungkin anda rasa ia biasa dan tak seindah saya khabarkan kerana kitakan manusia, citarasa pasti berbeza.




sebuah lagi cerita yang dengarnya ngetop di negera seberang sana. entah bila hendak ditayangkan di malaysia? biasanya filem top indonesia akan ditayangkan di malaysia jua suatu hari nanti. filem mereka lebih kurang sama juga. 'ada apa dengan cinta', 'eiffel..i'm in love', 'tentang dia' adalah antara yang top di malaysia. kesemua soundtrack adalah daripada melly goeslow. muzik melly ada identiti. ada jiwa. kalau sedih..kita dapat rasakan sedih, kalau gembira kita dapat rasakan kegembiraannya. mungkin kerana ini, melly lagi sekali menghasilkan soundtrack untuk 'apa artinya cinta?' sebuah cerita, filem lakonan shandy aulia dan samuel rizal. mereka juga pelakon 'eiffel..i'm in love'. kisah budak sekolah juga kali ini. tak mengapa, saya menyukainya!

sepertimana dealova, saya juga ternanti-nanti untuk menonton filem ini. walaupun belum tahu menarik atau tidak, saya tetap mahu menontonnya kerana ia kisah remaja. saya remaja, saya mahu menonton filem remaja. sudah lama disogokkan dengan cerita komersil melayu yang membosankan. sekali lagi jika saudara pembaca pernah tahu telah terjualnya vcd cerita ini, silalah sekali lagi berkongsi dengan saya kerana kini saya juga sibuk mencari filem ini, walaupun saya tahu baru sebulan ditayangkan di indonesia.

saya juga ternanti-nanti filem melayu sebagus 'gol dan gincu' kerana saya menggemari cerita-cerita sebegini. sukar betul hendak menghuraikannya. bagi saya 'gol dan gincu' adalah sebagus 'ada apa dengan cinta' dan 'tentang dia'. walaubagaimanapun, filem-filem ini bukan dalam kategori seperti filem 'sepet' yang tak dinafikan kebagusannya. filem 'sepet' sangat sarat. mendorong masyarakat berfikir. jika inginkan hiburan ringan, silakan menonton filem yang lebih senang difahami.

rakyat menonton filem untuk menonton cerita, menikmati rasa yang diluahkan oleh pencerita dan kemudian meletakkan diri dalam cerita tersebut sambil merumuskan jalan cerita. selebihnya rakyat akan membandingkan cerita tersebut dengan filem lain. namun realitinya, rakyat mahu menonton filem, bukan berhempas pulas memahami cerita. kalau ada yang cakap rakyat masih rabun menonton cerita, saya akan cakap berilah sesuatu yang terang untuk mereka.

info:

Shandy Aulia sebagai Aliza/Samuel Riza sebagai Dara/ Acha Septriasa sebagai Mitha/ Sari Nila sebagai Mama Aliza/ Didi Petet sebagai Om Sudiro/ Mischa Chandrawinata sebagai Rio/ Betrand Antolin sebagai Tama/ Ken Ayu Citra sebagai Ayu/ Dimas Beck sebagai Angga/ Alexander Wiguna sebagai Fadli/ Onky Alexander sebagai Papa AlizaMinati Atmanegara sebagai Tante Sudiro/Naomi Gonzales sebagai Sofie/

bab 5 - cuti sekolah = kenduri

assalamualaikum.. saya baru saja pulang dari perjalanan yang agak panjang. biasalah..bila mula saja cuti sekolah, mesti lah ada kenduri situ sini.. yang kena pergi, yang tak payah pergi, yang teringin nak pergi dan juga yang tak teringin langsung nak pergi. bunyi macam ada konflik pula dalam ayat tersebut. lupakan saja sebab kadang-kadang konflik ada di mana-mana.. nak terjemahkannya pun agak sukar sebab setiap konflik akan dipandang berbeza oleh orang yang berbeza. berbalik kepada cerita kenduri musim cuti sekolah, masih banyak kenduri di sana sini. orang tak jemput pun kita tau ada kenduri dikampung sebelah sebab kita dah boleh tahu adat melayu, nampak saja bunga manggar dan anak panah menuju masuk lorong, maka tahulah kita adanya kenduri kahwin di salah satu rumah dalam lorong tersebut.

saya juga pergi ke majlis kenduri, tapi sebuah kenduri pertunangan seorang sepupu. pepatah kata jauh perjalanan luas pandangan. walau tak sejauh amerika atau kutub utara sana, tapi tetap juga sebuah perjalanan. saya akan naikkan cerita kisah pertunangan beliau nanti dalam bab lain sebab saya cuma mahu cerita kisah cuti sekolah yang sinonim dengan kenduri. pantang ada cuti sekolah mesti ada kenduri. kalau saya tanya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, apakah masa paling sesuai untuk saudara buat kenduri kendara? saya tak tahu jumlah sebenar, tapi saya jangka majoriti memilih musim cuti sekolah. beberapa faktor dikenalpasti. pertamanya secara ringkas saya rasakan kerana pada waktu inilah sanak saudara dapat sama-sama meraikan kenduri yang kita anjurkan. lainlah kalau anda tidak mahu menjemput saudara mara mahupun sahabat handai, maka boleh lah saudara sekalian buat kenduri semasa musim peperiksaan. boleh juga jimat belanja. dan itu lah satu-satunya faktor yang saya beratkan! tiada kedua dan ketiga melainkan saudara dan saudari ada sebab sendiri.

oleh sebab banyak sangat jiran tetangga, jiran sebelah kampung, saudara mara, kawan-kawan buat kenduri, maka yang jadi buah mulut orang mestilah menunya. kalau setiap rumah yang pergi dihidangkan nasi minyak juga, muak juga tiap-tipa hari nak jamah nasi minyak. lagi-lagi kalau satu kampung, besar kemungkinan pula tukang masaknya juga sama; dengan lauk yang sama, argh.. nampaknya hidangan istimewa cuti sekolah dah tentunya nasi minyak. maka kebelakangan ini, agaknya tuan rumah dah bosan dengan nasi minyak, dibuat pula nasi putih dengan lauk pauk.. baru lah ada kepelbagaian.

kadang-kadang satu hari ada 2, 3 kenduri. jenuh juga nak pergi semua rumah. tapi dek kerana mahu menjaga kesusilaan sebagai orang melayu, maka pergi lah juga. saya tulis begini, jangan pula ada yang mengata saya tak ikhlas pergi bertandang rumah orang kahwin, sebab saya pun hanya pergi rumah yang saya betul-betul nak pergi. bukan kerana paksaan. maklum lah kalau ada 2, 3 jemputan dalam satu hari, kadang-kadang tak sempat nak pegi kesemuanya sebab dah clash tarikh. maka tak terpergi pula. sebab itu kadang-kadang kita boleh tengok kenduri rumah si polan atau si polan ini tak ramai tetamu. bila dah begitu adalah pula mulut sumbing yang mula buat cerita. konon pengantin tak digemar orang. biasalah, masyarakat kita memang macam tu.

jalan lain yang digunakan bagi mengelak ketidakhadiran tetamu, mereka dah mula mencari cuti-cuti sekolah pendek. contohnya seperti hari merdeka, hari perayaan dan beberapa cuti umum yang lain. tak apalah bila-bila pun, janji majlis lancar, tak jadi buah mulut orang sudahlah. kepada yang nak bertunang , kahwin atau buat kenduri itu atau kenduri ini, pilihlah tarikh yang tepat, menu yang jimat tapi kreatif, juga titik beratkan soal adat dan layanan. orang kita mudah terasa, yang silap cepat nampak, yang hebat indah tahun depan baru puji. selamat bertunang dan selamat pengantin baru buat calon dan pengantin cuti sekolah!

Wednesday, December 07, 2005

bab 4 - pilihanraya dan nicol ann david

hadoih.. pilihanraya kecil yang satu kat pengkalan pasir pasir mas dah pun selamat dijalankan dengan berbagai2 cerita kat buletin utama, berita perdana, berita astro, MNN dan jugak surat khabar pun tak sah kalau takde isu ini. biasalah, soal pemerintahan dan kuasa, mestilah diberi publisiti juga. orang malaysia bukan nak tahu pasal hiburan saja. kalau ada pilihanraya, mesti nak kecoh pasal pengundi hantu. memang wujudkah pengundi hantu yang dikecoh-kecohkan tu? dah nama pun hantu, macam mana manusia boleh tahu wujudnya hantu semasa musim pilihanraya? siapakah bomohnya pula? ada atau tiada bukan ada beza pun, akhir sekali orang terima juga keputusan pilihanraya.

tadinya dengar kat radio pilihanraya dimenangi oleh BN, masuk berita astro tadi kiraan semula akan dibuat pagi esok. mana-mana pemerintahan pun saya tak kisah, sebab bukan ada effect pun kalau mana2 parti yang memerintah atau dapat mandat. saya sendiri tak pernah mengundi kerana pilihanraya umum akan datang baru membolehkan saya mengudi buat kali pertama. saya tak tahu kenapa ramai sangat turun padang kalau tiba masa nak mengundi kempen itu dan ini. perubahan yang perlu ada, kebajikan yang sepatutnya perlu tak diendahkan juga. kalau tak kenapa setiap hari buletin utama nak juga siarkan paip bocor takde orang ambil peduli, jalan retak tak siapa ambil tahu. karam singh walya juga kena buat kerja. yang rakyat duk undi tu ke mana perginya? sibuk buat apa agaknya kalau kerja sendiri pun encik alam sekitar nak kena ambil alih?

tak kiralah calon dari parti mana, semuanya sama saja. kalau saya cakap macam tu, nanti ada org cakap saya tak nak mengundi pula pilihanraya akan datang. saya akan mengundi salah sebuah parti, tapi setelah difikirkan tentang itu dan ini, baru saya akan buat keputusan. bukan apa, sebab bukan semua parti A betul dan tak semua juga parti B betul. kalau yang betul, betul juga, yang salah pun salah juga.

misi suara hati bergerak lagi ke hulu ke hilir cari sponsor nak capai target. penat budak-budak universiti tu berjalan sana sini. yang program bersama mu tu pulak entah berpa kali ambil shot, entah berapa kali action and cut si pengarah tu buat semata-mata nak ambil shot paling menyayat hati. dengan bantuan pengacara yang bersuara ala-ala sedih tu. bukan main susah nak dapatkan dana nak belanja beri bantuan anak2 yatim, miskin, berpenyakit dan sedaifnya itu. agaknya semata-mata nak dapat rate penonton paling ramai agaknya. macam-macam boleh berlaku wahai saudara pembaca yang budiman lagi bijaksana. bukannya kawasan mereka takde ADUN yang mereka juga undi, tapi dah khidmat mereka akan diberikan ketika menjelang pilihanraya saja. waktu itu, yang lumpuh diberikan kerusi roda untuk kemudahan mengundi. agaknya lepas habis saja mengundi, kerusi roda kena ambil balik. takpelah, saya cuma boleh derma bagi bantuan kat misi suara hati tu je, saya bukan wakil rakyat.

yang terkesan dihati, cik adik nicol ann david dapat pulak rm 200 000. tahniah nicol atas kejayaan anda jadi juara dunia. tak kisahlah berapa diorang nak bagi kat cik nicol tu. tapi kenapa tak boleh bagi sebanyak itu juga pada misi suara hati? budak2 universiti tu berjalan cari dana sebulan juga lebih kurang nak dapatkan tak sampai rm 100 000 pun. saya pun tak nak cakap banyak lagi. kalau tanya diorang, diorang akan ada alasan diorang juga yang mungkin lagi bernas padat. sebab tu diorang boleh jadi wakil rakyat. cakap mereka semua indah, yang mendengar pun hanya diam sajalah!

Tuesday, December 06, 2005

bab 3 - harry potter dan rakan-rakan

saya percaya ramai yang dah saksikan cerita adaptasi harry potter yang kini dah masuk episod keempat di pawagam. saya sebenarnya tak pernah membaca novel harry potter yang tebal itu. bukan tiada keinginan, tapi mungkin belum sampai masanya atau juga boleh dikatakan tiada di depan mata. kalau ada buku depan mata, saya akan baca juga kerana saya juga suka membaca novel. biasalah sekadar mengisi waktu luang. kadang-kadang waktu tak luang pun baca juga kerana selagi tak dihabiskan sebuah buku.. kerja lain akan tergendala. lagipun, baca novel secara 'shift' hampir samanya dengan menonton drama bersiri. episod lalu akan kesamaran. lupakan pasal novel. saya ingin berkongsi cerita tentang penonton, harry potter dan saya sendiri.

agaknya kenapa anda suka menonton filem harry potter? adakah anda pernah tahu wujudnya harry potter sekiranya tidak difilemkan? masing-masing ada jawapan sendiri. saya sendiri menyukai harry potter kerana magik yang ada dalam filem tersebut. kalau tiada magik, sungguh akan boring. lagipun bagi saya, magik yang dimiliki oleh pelakon-pelakon filem tersebut membolehkan filem atau lebih tepat lagi cerita tersebut akan terus berlangsung tanpa ada sekatan mahupun kongkongan. contohnya sekiranya ketika harry potter tersekat dalam satu lubang, beliau bisa menggunakan magiknya untuk terbang keluar dan berbagai-bagai magik lagi boleh beliau gunakan. kesimpulannya magik adalah jalan keluar bagi cerita ini.

saya berpeluang menonton kesemua filem harry potter. bagi saya jalan cerita yang dibentuk agak baik supaya ada kesinambungan terhadap episod filem terdahulu. kini, walaupun harry potter memasuki tahun keempat di hogwards, saya rasakan seolah sama-sama membesar dengan harry dan rakan-rakannya. cuma saya rasa janggal apabila setiap semester, guru sihir adalah guru-guru baru untuk mengajar dalam kelas. mungkin terlalu ramai guru sihir graduate dengan cemerlang.

dari segi penataan cahaya dan bunyi, filem ini masih mengekalkan elemen menggerunkan dan misteri kerana sebuah kegelapan dapat kita rasakan setiap kali menonton harry potter. saya paling gemar babak berlari dalam kegelapan dalam hutan 'maze' (nama hutan tersebut pun dah lupa sebab banyak sangat nama baru dalam setiap episod) iaitu salah satu babak dari harry potter and the goblet of fire. saya rasakan seolah saya saya sendiri meraba-raba dalam kegelapan, dengan perasaan takut dan kehilangan arah membuatkan segalanya sangat menerujakan tambahan pula hutan-hutan tersebut sering bertukar susunan. nasib baik magik banyak membantu untuk keluar dari belenggu, keluar dari kongkongan jalan cerita yang semakin runcing.

untuk mengklasifikasikan filem ini, saya serahkan pada anda semua. ada beberapa kategori bagi mengkelaskan filem-filem sebegini. kategori pertama adalah komen dikalangan peminat episod harry potter, kategori kedua adalah komen dari kalangan bukan peminat harry potter dan ketiga adalah dari mereka yang pernah membaca novel harry potter. pandangan mereka pasti akan berbeza. anda pula dalam kategori mana?

Monday, December 05, 2005

Bab 2 - cerita monsoon cup

monsoon cup! fuyoo.. acara taraf antarabangsa tu..acara taraf antarabangsa yang bagaimana pada pemikiran anda. mari kita cerita sikit pasal monsoon cup yang heboh. saya sendiri tak pasti sejak bila terengganu bertungkus lumus menyiapkan lokasi bagi acara ini. terletak di pulau duyung, terengganu, acara ini di hebohkan di kaca tv. tapi sebenarnya publisiti yang diberikan sangat kurang.. saya sendiri hampir lupa acara ini diadakan dengan penuh gah. ramai selebriti antarabangsa hadirkan diri. ada michelle yeoh ( sepatutnya panggil datuk, die sendiri ntah bangga tak dapat pingat tersebut), jackie chan khabarnya ada, shahrukh khan pon ade dan selebriti malaysia, mawi pun ada. tapi entah mahu salahkan siapa? penonton tak ramai!



mari kita lihat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan tidak ramai penonton. pertamanya saya sifatkan bahawa sikap rakyat negeri terengganu yang tidak gemar memberi sokongan terhadap banyak acara di terengganu melainkan ada acara "jualan murah". hal ini bukan hanya berlaku pada monsoon cup, namun semasa konsert semurni aidilfitri bersama mawi dan rakan-rakan juga tidak ramai hadirkan diri. sebab itu terengganu khususnya kuala terengganu sukar maju. pelabur sebenarnya tidak berani melabur mengenangkan sikap rakyatnya yang tidak mahu memberi sokongan.

keduanya, mungkin cuaca kurang baik menyebabkan monsoon cup hilang serinya.. atau mungkin sebab ketiga kurang publisiti. sebab keempat adalah agak rapuh, namun boleh jadi juga rakyat terengganu takut kehadiran tsunami berikutan beberapa kejadian kurang menarik dilaporkan di buletin utama semalam, iaitu kerang 'naik' ke darat. saya juga ada mendengar beberapa gosip (bukan dunia hiburan saja ada gosip) menyatakan sembahyang hajat dilakukan supaya angin bertiup kencang bagi membolehkan 'yacht' berlayar dengan jayanya. pelik sungguh manusia.. memanggil bala kah itu? sendiri mau ingat. mungkin tersilap tarikh kerana musim ini, walaupun musim hujan, namun angin kurang bertiup, maka ombak kurang mengganas.. seharusnya mereka sedar bahawa ketibaan tahun baru cina biasanya angin bertiup kencang, maka barulah sesuai monsoon cup dianjurkan.. itu cuma tafsiran saya. cerita monsoon cup tak banyak dapat saya komen, dapat saya bercerita, kerana sememangnya tiada yang menariknya kecuali jika saya merupakan salah seorang pelayar. walaubagaimanapun, penonton mungkin sedikit ramai pada acara persembahan di pulau duyong melibatkan mawi!

Bab 1 - cerita pembukaan

assalamualaikum.. cerita pembukaan; biasalah kali pertama menulis blog sejak sekian lama mencari suatu tempat untuk melebarkan pandangan, memuntahkan kata dari pemikiran yag kadangkala berserabut kadangkala gembira mungkin sekali sekala rasa sedih dan pedih. saya, aku, hamba, patik, dan mungkin beberapa nama lagi mungkin digunakan untuk menggantikan nama diri ( kata ganti diri yang pertama). biasalah, penulisan dalam alam maya juga hampir sama konsepnya dengan logamaya, dari jauh boleh nampak, mendekati agak sukar! blogger baru cam saye, biasela.. sultanmuzaffar pon org tak kenal die masa mule2 blogging.. ops, tak perlu bandingkan diri dengan sultan dan kroninya.. mereka berada dalam landasan kelas satu sedangkan saya hanya berada di atas jalan tar.

cerita pembukaan tak sepatutnya panjang. pembaca boleh boring. kembali kepada isi ceritadunia ini.. dah nama pon ceritadunia.. hasrat dihati ingin mengutarakan pandangan terhadap isu2 dlm dunia ini..apa yg ade? politik,hiburan,sukan,pendidikan dan beberapa lagi. namun entah yang mana satu akan jadi pilihan utama saya, saya tak tahu. lagipun cerita saya bertumpu pada apa yang ingin saya luahkan.. pernah seorang rakan berkata, usah dijeruk perasaan itu, nanti meletup jadinya. maka, mungkin juga kerana kata-kata itu, saya mula merangka satu blog untuk menulis tentang ceritadunia. sekian ceritadunia!