Whatever Will Be, Will Be...

Monday, January 23, 2006

bab 16 - kemerosotan idea

hai semua. saya lihat kemerosotan idea mula berlaku terhadap ramai blogger termasuk saya.kenapa? sibuk atau sememangnya mengalami kemerosotan idea. tiada idea mahu dihujahkan. bagi saya, banyak sebabnya. mungkin juga isu yang ada terlalu banyak hingga tiada satu pun akhirnya yang terpilih untuk dikongsi bersama.

kebelakangan ini, isu paling hangat adalah berkenaan status agama yang mula tercetus sejak kematian allahyarham 'm.moorty' dan juga peristiwa berkait nyonya tahir yang akhirnya diisytiharkan beragama buddha. kes seterusnya berkaitan ikan patin khususnya, dan umumnya ikan sungai yang diberi makan babi rebus. sebenarnya isu halal haram ini sudah berkali-kali keluar berita. sekarang ni, pengguna saja yang berhak buat pilihan untuk diri sendiri sebab rasanya kerajaan kurang mampu ambil tindakan. seperti kata menteri muhyiddin yassin, bahawa pihak beliau tidak dapat ambil tindakan apa-apa kecuali bagi nasihat. jadi bila bagi nasihat sudah boleh jadi halal kah? tentunya tidak. maka sekarang, pengguna perlu bijak! boikot ikan sungai bunyinya agak mudah. tapi susah juga bagi penternak yang pelihara ikan dengan cara betul, lingkup perniagaan mereka. kesian pula. saya juga penggemar ikan sungai, takkan saya nak boikot selama-lamanya. tapi, demi kehalalan dan sementara dapat hilangkan rasa loya dan jijik ekoran berita ikan 'babi rebus' itu, saya lebih suka makan ikan laut. tak payah disembelih, confirm halal selagi saya membelinya dan bukan mencuri.

cerita dunia yang lain kebelakangan ini, ada juga cerita tentang datuk syarifah aini, terlepas tapi masih tidak bebas daripada tuduhan, untuk maklumat lanjut kenapa ada perkara sebegini, elok rujuk lepasan ijazah undang-undang. saya cuma dengar berita. sekadar berkata " ooo.."

hmm..juga mahu berikan sedikit komen berkenaan akhbar harian metro. bagi saya akhbar tersebut terlalu cepat buat kesimpulan. agaknya mahu lariskan akhbar maka cerita ditulis pun tanpa selidik. akhirnya, orang lain jadi mangsa. saya nak tanya, ada tak pihak akhbar tersebut minta maaf kalau berita disebarkan seluruh malaysia tak benar? kasihan pulak si mangsa kena cari media lain betulkan cerita, bagitahu hal sebenar. kes to'ki, kes apek hisap ganja, semuanya kemudian dapat penafian dari empunya diri. sebenarnya memang saya dah perasan. kadang-kadang wartawan tulis cerita main aci sedap, aci penuh je ruangan. . sekadar pandangan dari seorang rakyat malaysia.

oklah, itu la dulu cerita dunia yang ala-ala cerita malaysia.huhu.

Friday, January 20, 2006

bab 15 - hits 1, jeng..jeng..jeng..: akan bermula!

askum..malam ini hits 1 akan disiarkan secara langsung kat rtm. saya kira ini satu permulaan bagi segala anugerah besar-besar sebab lepas ini kita ada anugerah bintang popular dan juara lagu yang terdekat, 5 februari ini. malam ini, saya tak ingat siapa yang bertanding, saya hanya akan tonton sahaja. nasib baik diuar-uarkan ada saiful apek yang akan turut bersama hoskan rancangan, sebab kalau letak azwan ali dengan dia fadila cam dulu..aduhai.. memang lemah rasanya. azwan ali, entah kenapa anda dinobatkan sebagai antara hos terbaik malaysia, saya pun tak pasti..tak nampak pun kehebatan anda melainkan pakaian yang pelik2 (takde ciri-ciri role model la). sori, just pendapat peribadi.

saya tak mahu ramalkan siapa yang akan menang, siapa yang akan popular, lihat sajalah. kalau sedara sedari nak tau ramalan kaji muzik ni, silalah ke blog yang ada ramalan dan ranking ciptaan naluri mereka. kalau dalam quality control, mereka mengukur kualiti berdasarkan sifat kerana tiada alat pengukuran khas. itu soal mereka, saya tak nak cakap lebih-lebih. sikit-sikit sebagai mukadimah pembuka minda sudahla..

harapan saya untuk rancangan hits 1 ini, cubalah jadikan acara lebih ceria dan tidak membosankan. sudahlah sebuah rancangan rtm yang sangat-sangat diketahui umum kesuraman penataan cahaya, kekusutan sistem bunyi dan keburukan rekaan set pentas (alih-alih pentas besar bagak dengan bunga-bunga di hadapan pentas..argh..bosan!). sekurang-kurangnya, kalau tak boleh sempurnakan semua, cukuplah sekadar cuba memberikan pengacaraan yang berkualiti. kalau nak dihitung kira, banyak lagi yang boleh saya komen. tapi, saya pun tahu, bukan senang hendak ubah segalanya-galanya. tapi pelik juga, saluran lain boleh pulak buat, takkan rtm tak boleh kot. sudah berzaman sebenarnya kecelaruan rancangan rtm. selepas penjenamaan semula, keluar logo baru pun, masih sama juga kualitinya. low class! macam mana masyarakat nak tonton saluran kerajaan sekiranya ada pilihan yang lebih baik? nasib baik saya ni suka tengok anugerah itu anugerah ini, kalau tidak, tak de maknenya nak buka channel rtm nih.

sudah menyimpang la pulak. dari topik hits 1 dah jadi topik rtm yang hampeh la pulak. takpelah, semua pun cerita dunia kan?

Thursday, January 05, 2006

bab 14 - bual kosong

sudah lama tak hapdet..saya nk berbual kosong. walaupun sudah lama tak hapdet..tapi masih lagi rasa nk berbual kosong disini, sebab ramai juga rakan taulan di sini. maka, daripada ada yang tertanya-tanya kenapa saya lamabt hapdet, saya beralasan saya sedang cuba membahagikan waktu saya supaya segalanya bukan semata untuk kerja. rutin sekarang, balik kerja, menunggu masa untuk tidur kerana saya belum biasakan diri. maklum lah, kali pertama..hahaha..mungkin tak ramai tahu, sekarang dah ramai lah tahu kan?

apa nak dibuat hujung minggu ini? merancang untuk menonton sambungan winter's sonata kerana sekarang terasa ingin kembali menonton dan menjiwai lagu-lagu drama tersebut yang saya kira sangat bagus. namun, yang menjadi sedikit kelakar dalam siri korea kegemaran ramai ini ialah bahasa pada subtitle nya yang sangat tidak jelas. namun, masih boleh difahami lah. anda semua pernah tengok ke cerita ini? kalau tak pernah cubalah saksikannya, dan kepada yang pernah, berilah pandangan. tak lama lagi, mungkin blogger mypolaris akan berikan ulasan panjang lebarnya.

hmm.. kepada blogger pepel, tahniah sebab bina blog baru yang sungguh lawa. jumpa raya qurban nanti yer.. okey wassalam.

Sunday, January 01, 2006

bab 13 - tahun baru, pengalaman baru

hello semua. selamat tahun baru diucapkan kepada pembaca. lama rasanya tak update blog. walaubagaimanapun dapat juga tulis sesuatu hari ini. alhamdulillah. bukan apa, minggu lepas memang sibuk sungguh memandangkan terlibat dengan interview dan juga proses mendapatkan kerja. dan hari ini, iaitu hari pertama pada tahun 2006, juga menjadi hari pertama saya mula bekerja. alhamdulillah, rezeki tahun baru. mungkin sebab itu saya sedikit sibuk. layari internet sekejap cuma, selebihnya tonton berita dan baca akhbar.

sempat jugalah tengok beberapa kes di malaysia ni baik dari segi hiburan dan yang lain-lainnya. hahah..akhirnya saya tak dapat juga nak habiskan cerita sana'y wala nang wakas sebab terikat dengan jadual kerja. tak apalah, lain kali cari vcd telenovela tersebut. siri hikmah pun saya tak dapat tengok. pun tak mengapalah.

hari ini punya berita, banyak juga kemalangan berlaku, juga ada laporan tentang pesta seks dan juga azam tahun baru artis. saya malas nak bicara panjang soal azam tahun baru sebab lebih baik kita berazam setiap hari daripada berazam sekali setahun. sekurang-kurangnya azam harian boleh buat kita ingat selalu azam kita. terpulang kepada anda lah nak pilih cara mana, asalkan azam tercapai.

sambutan tahun baru saya amat ringkas, hanya duduk depan tv dan kemudiannya menyaksikan tayangan lord of the ring dan menjelang pukul 12.30 malam, saya ke kamar untuk tidur. tetapi nampaknya pada tahun ini, televisyen tak banyak menyiarkan sambutan tahun baru sepertimana sebelum ini. astro ria hanya menyiarkan siaran ulangan konsert siti nurhaliza di royal albert hall, london yang juga boleh didapati dalam bentuk vcd (bagi saya susunan muzik baru sangat tidak sedap didengar). tv 2 dengan lord of the ring, tv 1 dengan bersama artis lama yang agak bosan dan tv 3 dengan tahun melwat malaysia (ada konsert juga). channel lain saya malas nak jenguk sebab leka dengan lord of the ring. namun saya pasti rakan bloggers yang lain menyambutnya dengan penuh keriangan. membilang saat menjelang tahun baru. namun bagi saya yang berubah cuma angka, yang lain masih sama.

sekian saja laporan tahun baru saya, dan kepada semua bloggers, harapnya anda semua dapat memberikan yang terbaik kepada pembaca sekalian.