Whatever Will Be, Will Be...

Sunday, February 26, 2006

bab 22 - siapakah paling popular?


siapakah bintang paling popular 2005?

aiya..tak lama lagi dah nak start abp..sempat lagi lak aku wat rebiu..kekke..bukan pe..pasal malaysia ni byk sgt anugerah..tapi takpe..sebab aku pun ske gak nk tengok2 anugerah nih.. agaknya sapela menang malam ni yer? ye la..kat sokkaba tuh memacam la kuar, ade yang kate die ni menang la, ade yang kate die ni popular la, ade yang kate budak ni la unggul dan macam-macam lagi lah. tapi kene ingat jugak..tu sorang je yang ckp..yang lagi ribuan rakyat malaysia kate ape.. pulak tu kalo yang ckp gitu gini gitu gini tak ngundi wat ape..hampeh jer.. kekeke.. tapi kesimpulannya.. yang menang tu bertuah la..dapat keter sebijik.. yang tak puas ati tu dapat doser ade le..kekekke..ckp ler sape tak puas ati tu?..cakap ler.. pada aku, aku budget sama ada mawi atau siti dapat anugerah bintang paling popular tahun ni. kalo orang lain selain dua orang ni, kira kejutan besar la.. yang lain-lain tu malas la nak ramal-ramalkan..sebab aku bukannya bomoh mahupun peramal. kalo nak tahu ramalan-ramalan ni..byk lagi blog yang ske nak ramal-ramal ni..biase le..kalo tepat ramalan die..bangge la kan..kekeke..kalo tak tepat..nak wat camne.. kuikuikui.. maka, siapa antara anda yang akan dapat anugerah peramal popular? jawab sendiri la yer..sape yang jawab kira perasan la tuh..kekekke..k la.. aku nak kuar dah ni..saje je membebel kat sini.. kuikuikui..

Tuesday, February 21, 2006

bab 21 - anugerah bintang popular : apa kata anda?

tak lama lagi dah nak berlangsungnya anugerah bintang popular (abp) ni. ahad ini kan? 26 feb 2006. abp 2005 khabarnya akan lebih kontroversi lagi dengan kemasukan calon daripada akademi fantasia. selama yang saya perhatikan, kecoh sungguh kiranya ada apa-apa majlis melibatkan akademi fantasia apa lagi kalau mawi masuk bertanding. kenapa nak dikecohkan sangat? tak pasal-pasal mamat tu dapat title raja sms. dah pertandingan yang dia masuk sumer nak kene sms, padahal orang lain pun sama kan. pertandingan yang sama, format juga sama. bukannya orang lain dijurikan oleh profesional dan dia sorang saja dijurikan oleh sms atau undian. itu pasal mawi, tapi yang saya nak cerita ialah pasal abp.

abp kali ni, akan seperti selalu. ramai yang ternanti-nanti. tapi bagi saya, saya lebih teruja nak tengok persembahan artis. harap sangatlah pemilihan lagu nanti sesuai dengan majlis. pening kepala kalau asyik2 nak hip hop yang bising2 dan tak grand itu. kalau nak berhip hop pon, macam lagu alhamdulillah tu okey la. sejuk jugak mendengar nya. ini tidak, nak juga lompat2, pusing2 atas pentas tuh. muziknya pulak hanya menyebabkan saya akan menggunakan waktu tersebut untuk ke dapur minum air, atau ke tandas.

dengan penampilan artis lelaki yang lebih elegan tahun ini, diharapkan tahap profesionalisme mereka juga boleh dibanggakan dan dapat menerima apa saja keputusan kerana abp adalah pengiktirafan dari peminat. kalau tiada peminat, lebih baik duduk diam. jangan nak dengki dengki dan mengata orang kerana perbuatan itu akan lebih mengurangkan jumlah peminat sedia ada anda disamping kredibiliti anda juga terjejas. itu saja nasihat yang ada, selebihnya, sendiri pandai fikir. kata profesional, maka tunjukkanlah setakat mana tahap profesinalisme anda dan bukan hanya perasan semata-mata. bai!

Saturday, February 18, 2006

bab 20 - 'meriah'nya kilang meletup!

dekat-dekat pukul 9.00 malam semalam, sedang aku duk rilek2..maka terdengarla bunyi letup bom bom bom beberapa kali. ntah apa la bunyi tuh..maka aku wat rilek je la. pastu dapat la satu mesej daripada adik aku. waa.. ade kilang meletup rupanya. kilang yang kat umah aku ni la..kilang papan. nama kilang dirahsiakan la sebab takut kang kilang tu malu lak kilang die meletup-letup. aku pun dengan tangkasnya menyibukkan diri keluar umah nak tengok kalau-kalau nampak asap kebakaran tuh demi mengesahkan kejadian. dan memang la nampak. siap nampak kaler merah-merah agik. tak leh jadi ni, aku nak tengok gak besar mana kebakaran yang berlaku itu sampai letop-letop agik. aku pun pegi la nyibukkan diri gi tengok kebakaran. amboih, orang lain lagi cepat apa! sampai aje kat sana, waaa..ramai giler. dah cam pasar malam lak aku tengok. sume duk nengok api marak. kekekke.. kenapa ramai tengok? sebab semua pun cam aku gak, saje-saje takde keje tengok api marak besor-besor..hahahh.. pastu bomba dah datang agaknya. aku tak la dekat sangat pergi, tapi nampak la jugak orang-orang kilang agaknya yang sibuk duk alihkan lori-lori dorang.



aku pun snap la gambar sket. bongek nyer kamera! takde bateri la pulak. ni mesti keje adik aku nih. smalam nampak duk syok sgt amik gambar! maka, sempat la beberapa keping je. tak sempat la nak amik 'kemeriahan' penonton-penonton. tapi kan, dalam duk tengok-tengok tu ade la jugak suara-suara belakang cakap nak meniaga air dan kacang sempena kemeriahan itu.hahah..lawak..lawak.. pastu aku pun balik la..

pagi ni dengar kabar, tak abis lagi kerja padam-memadam. mungkin sebab dah merebak sangat. kilang kayu ler katakan. pastu lagi kampung aku lak cam takde air la pulak semalam. tekanan air rendah kot. tu bomba punya kerja la nak pikir air dari mana diorang nak ambik. skang tak tau la diorang dah selesai padam ke belom. tadi tengok buletin 1.30 kat tv3 takde lak siar. malam ni kat buletin utama kot. tapi kalo takde, kira tak seius la kot walaupun aku nampak cam serius je. yang aku kesian, camne la ngan pekerja-pekerja kat dalam tu. yang ade time kebakaran tu selamat ke idak? lagi, kalau dah kilang rugi besar, camne la nasib pekerja-pekerja situ, potong gaji ke atau kene benti keje aa?? dah la kilang-kilang skang nih ske sgt nak bentikan pekerja..ish..ish..ish. tapi ade jugak kes pekerja bentikan diri sendiri. heuheuheu.. adioS!!

Thursday, February 16, 2006

bab 19 - nemo dan dory

askum. tengah duk tengok-tengok balik gambar-gambar yang ada dalam pc ni, ternampak pulak satu rakaman gambar yang diambil tak lama dulu. sebab tu kalau boleh, jangan la dibuang gambar-gambar yang ada sebab akan datang mungkin akan berguna. gambar yang aku nampak ni bukanlah ada guna sangat pun, tapi sayang jugak sebab bukannya senang-senang nak nyusahkan diri pergi amik lagi sekali gambar nih.

gambar yang dimaksudkan ialah nemo dan dory. ala.. tengok tajuk bab pun tau kan aku nak cerita tentang apa.huhu. ingat tak lagi citer finding nemo yang femes sekitar 2003? memang bes giler lah citer nih, kiranya kalo citer tentang dasar-dsar laut nih, citer finding nemo masih duduk tangga atas carta lagi la. biler kuar shark tale pun tak bes cam nemo nih. satu sebab jalan citer yang bes dan satu lagi watak sampingan yang memang kelakar habis. dory yang ilang ingatan tuh memang kawan yang baik walaupun ilang ingatan sekali sekala. korang sume mesti dah tau kan jalan citer die, so tak yah lagi nak citer panjang-panjang pasal tu.

ni nak tunjuk gambar dorang nih. jumpe kat underwaterworld langkawi arituh. mungkin kat tempat lain pun ada kot. saja je la nak show kat sini, mana tau kan kot kot ada yang tak perasan ke. hehe. ermm..kat aquaria klcc tak tau la ade ke tak nemo dan dory nih sebab tak penah pegi lagik. biler nak gi aa?? takpe..kalo dah buring tahap gaban, ada masa leh la gi tengok.huhu. bes gak merasai alam discovery channel nih..hehhe.. okeh..tanak buang masa lagi nk nulis panjang-panjang sebab motif utama nk tunjuk gambar realiti nemo dan dory nih. taraaaa...

dory katun (atas), dory real (bawah)

ha.. nmpk tak ikan kaler biru tuh? memang sebijik dory la. sori la tak dapat close up. giler nko nk close up. ikan tgh duk layan berenang sedap tak hengat aku nak amik gmbr die. ye la kan..mase aku duk nengok citer finding nemo tu, aku igt, designer pakai aci lukis kut sedap die je. kiranya aku ingatkan diorang tak rujuk ikan sebenar. ye ler, mana la aku nak tau apa ke jenis ikan kaler biru nih. setakat ikan keli tu aku kenal la. ikan pelik-pelik mana la nak kenal. rupanya, memang die duk gune rupa bentuk ikan nih wat citer yer. tapi muke ikan ni pon memang cam klakar cam karakter dalam citer tu jugak la. banyak royalti ko dapat wahai ikan dory. hehehe..

ha.. ni lagi sekor ikan. kira hero la ni.

nemo katun (atas), nemo real (bawah)

yang ni aku tau la nama die "clown fish". tu pun pasal cam kecoh-kecoh la time tu nemo nih jelmaan ikan clown fish. aku tak pnah lak jumpe. kaler lain penah la. igtkan dorang touch up kaler lain, alih-alih aku nengok kat underwaterworld tu sebijik lak kaler nyer, cume takde la jumpe yang sirip cacat cam nemo..ehehe.. kiranya tu jelah yang aku nak tunjuk. kalo aku ade jumpe yang cam shark tale lak, aku citer la kat sini kang. tapi setakat nih takde la..okey la dulu..babai..

Sunday, February 12, 2006

bab 18 - fikir lagi dan terus berfikir

sama ada sebab masih belum mengantuk atau sebab banyak berfikir membuatkan biji mata tak mahu lelap. maka saya menulis di sini dengan harapan, sifat mengantuk itu akan hadir sedikit demi sedikit. petang tadi saya sudah tidur seketika, dan juga sebentar tadi juga saya banyak berfikir. maka, saya kurang pasti gara-gara apa yang membuatkan saya tak dapat melelapkan mata.

perut kemudian sedikit-demi sedikit berkeroncong. gusar juga; bimbang penyakit itu menyerang kembali. mahu makan? entah apa yang boleh saya sediakan awal pagi sebegini. di sini bukan rumah bujang, ini rumah keluarga. sendiri tak dapat lena, jangan diganggu mimpi orang! berpegang prinsip itu, saya cuba menahan diri. tapi itu bukan kes besar, kerana apa yang cuba saya lakukan sekarang adalah untuk mengisi kekosongan malam. semua channel tv sudah berganti, tiada satu pun menarik perhatian. akhirnya saya memilih untuk menulis blog.

cerita apa ada hari ini? seingat saya, dua tiga hari ini, ada cerita tentang karikatur menghina Rasulullah, memang melampau. kemudian tentang mrr2 dan pelbagai lagi keretakan jambatan, ada cerita thaipusam, kaki bayi kudung, kisah juara lagu pun masih ada, dan terbaru.. bahana af! akademi fantasia 4 akan muncul. tunggu saja penangan af kali ini, makin panas atau tidak, tentukan sendiri ok?!

rasanya cukuplah buat sementara kerana saya sendiri tidak merancang untuk menulis apa-apa.

Wednesday, February 08, 2006

commenting and trackback have been added to this blog.

Tuesday, February 07, 2006

bab 17 - Tahniah Apit & Betty

*kisah ini adalah khas untuk saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis mereka baru-baru ini.

hullo assalamualaikum. harini disebabkan masih rasa bosan, maka saya ringankan jemari ini untuk menaip kisah perkahwinan seorang sepupu baru-baru ini. dikisahkan beliau dipanggil apit oleh sepupu sepapat sementara pasangan beliau didesas desuskan dengan panggilan betty.

sejak sekian lama sebenarnya kisah beliau diketahui umum hinggalah beliau sendiri mengumumkan tarikh pernikahan beliau. pertunangan kemudian dilangsungkan pada 10 disember lepas. akhirnya, setelah segala persiapan dilakukan, mereka diijabkabulkan pada 29 januari 2006, jam 12.03 tengahari di masjid kampung pulau, labu, negeri sembilan. dari bahagian mana ingin saya mulakan cerita ini?

persiapan

(kemuncak 27 januari 2006/ nilai, negeri sembilan):
dikepalai oleh che ma, seorang ibu saudara merangkap mak andam yang sangat berpengalaman dalam hal ehwal andam-adaman pengantin termasuk juga gubahan hantaran. serahkan saja pada yang pakar. orang lain tolong-tolong la jugak. kak mimi pula selaku perancang aturcara. beliau merupakan kakak kepada pengantin lelaki dan sanak saudara selebihnya bertugas sebagai kumpulan sokongan. ada yang buat sub kontraktor gubah hantaran, ada yang sediakan makanan dan juga tempat tinggal tak lupa juga yang tukang bawak hantaran. kredit besar untuk che uji dan ayah su kerana menaja tempat tinggal sebahagian rombongan, juga penaja tempat berkumpul sebagai markas aktiviti. sebenarnya saya ada merakamkan foto sewaktu acara persiapan sedang dijalankan. tapi entah di mana dendamnya, ada pihak yang telah delete gambar tersebut. sepanjang majlis persiapan, ada beberapa menu khas disajikan dan antaranya adalah bihun goreng,kuey tiaw goreng, satey, roti dan limau mandarin sempena tahun baru cina.

(kemuncak 28 januari 2006/ putrajaya, kuala lumpur):
selepas isyak, solat hajat dan kenduri tahlil diadakan di putrajaya, kediaman abang boy selaku abang kepada pengantin. ini kerana rumah keluarga bakal pengantin itu sedang diubahsuai untuk majlis sambut menantu kelak. malam itu disajikan dengan hidangan nasi kerabu dan acara last touch up bagi gubahan hantaran dilakukan sementara yang lain beramah mesra.

(kemuncak 29 januari 2006/ nilai, negeri sembilan)
pagi itu, semua sanak saudara berkumpul di kediaman che uji sekali lagi di nilai. tema biru turqoise kehijauan (mmg susah nak direalisasikan).walaubagaimanapun, ramai yang mengikut konsep menjadikan rombongan kelihatan sewarna!. dihidangkan oleh penganjur perkahwinan dengan nasi dagang kelantan sebagai sarapan pagi sebelum menjamah lauk kenduri tengahhari nanti. perihatin sungguh pihak penganjur. syabas!

akad nikah(29 januari 2006/ masjid kampung pulau)


bertolak lebih kurang jam 11.30 pagi dari nilai menuju pekan labu. sebanyak lebih 10 buah kenderaan konvoi ke sana menuju masjid kg. pulau. hati si pengantin tak siapa tahu kerana raut wajah encik apit cam biasa saja, mungkin kontrol. tiba di sana lebih kurang 15 minit kemudian. sementara menunggu detik akad nikah, hantaran disusun sebaris di dalam masjid berhampiran kawasan upacara akad. maka sesudah hadirin sedia mengelilingi bakal pengantin, imam membaca sedikit khutbah barangkali (lain tempat, lain cara) sebelum apit disahkan menikahi betty jam 12.03 tengahari dengan sekali lafaz. belanjanya saya perlu off record. tahniah.



sanding (29 januari 2006/kg. pulau)

dah siap nikah, ada la sikit jamuan, ada donat, karipap dan kuih apa saya pun tak ingat namanya. ada juga teh dan teh o. kami makan sikit saja sebab dah tahu, semasa orang sedang bersanding kejap lagi, rombongan sebelah lelaki akan makan sepuas-puasnya sementara menunggu majlis sanding dengan tepung tawar ,renjis mawar dan sebagainya selesai. selamat bersanding. lagu dari muzik gamelan dimainkan oleh kumpulan warisan budaya kawasan mana saya tak tahu telah mengiringi suasana. kadang-kadang bunyi lagu seakan-akan sama walaupun diumumkan sebagai lagu berlainan. nasib baik pengantin bertimbang rasa kerana semasa upacara makan beradab, lauk mereka di pass kan kepada pihak rombongan kerana mungkin untuk elakkan pembaziran. maklum sajalah, baru kahwin, makan pun ala-ala suap je lah. maka kami terus menjamah apa saja lauk yang dihulurkan. cuma sebab terlalu banyak, kami tak dapat habiskan.


penutup (29 januari 20006/kg.pulau)

akhirnya, kami pun penat, maklumlah, panas seyh. lagipun, pengantin dah siap selamat. maka, kami pun pulang la ke kediaman rasmi di nilai dan setengahnya lagi ke putrajaya dan kajang. itupun setelah bergambar keluarga dengan pengantin dan yang ada cuma sebahagian daripada sepupu sepapat. sampai saja dirumah, kami pun dengan rasa leganya tidur dan tidur dan tidur kerana kepenatan. malam nanti ada lagi acara penutup.



malam penutup (29 januari 2006/ nilai, negeri sembilan)

bangun tidur, sempat kami berbual sementara ajk menyiapkan perkakasan untuk barbeku malam itu. wah, kali ini untuk release tension para ajk juga pengantin barangkali. ikan, ayam, ketam dan sosej. nasi berlauk juga nasi dagang serta buah-buahan jadi santapan. semua turut serta termasuk pengantin baru; apit dan betty walaupun tiba agak lewat. ada 6 kumpulan. masing-masing dengan agenda tersendiri. biasalah sesi soal siasat bersama kumpulan 'tanya linda' dianggotai apit,betty,ayah din,ayah le,che woh,ayah je,kak baby dan abah. kumpulan 'bersama kak nita' pula disertai oleh kak mimi, kak sima dan che ma dengan topik yang kelihatan serius. kumpulan 'national geografi' diketuai oleh ayah su dan ahlinya pula adalah fitri,idi,che uji, aisyah,kakak dan faizi. mereka sedang meratah dengan lahap ikan bakar seolah-olah harimau sedang meratah rusa. kumpulan 'disney' pula disertai oleh kanak-kanak riang yang sedang bermain didalam rumah seperti khalish, syazwan, mama tira, insyirah dan kuncu yg lain. sementara kumpulan 'prima' dianggotai oleh bibik-bibik di dapur rumah yang mungkin berbincang tentang resipi hari ini dalam bahasa indonesianya. akhir sekali, wazin,fashli dan hanif menyertai kumpulan 'mtv' dengan jiwa muzik mereka. majlis kemudian tamat lebih kurang jam 2 pagi waktu malaysia.

kami pun penat, tambahan keesokannya, kami perlu pulang ke daerah masing-masing sementara menanti bulan mac ini untuk acara sambut menantu yang dijadualkan pada 12 mac 2006 di kajang, selangor. itu saja ulasan ringkas berkenaan majlis pernikahan sepupu kami apit. semoga bahagia selalu. kepada sepupu yang lain, majlis anda juga hampir tiba, rancanglah dengan baik..chow cin cau!!!