Whatever Will Be, Will Be...

Tuesday, March 14, 2006

bab 27 - bagaikan hari hari dulu lagi....

Saturday, March 11, 2006

bab 26 - resah


di dalam gersang hatiku
ku merenung dirimu
hati tersentuh rindu
yang dalam tak menentu
dengarkah kasihku
getar di jantungku
inikah erti, inikah erti
resah hatiku

bilakah kau datang ke sini
di hari indah nanti
ku sanggup menunggu
tanda cinta kasihku
namun hatiku resah
dan merenung kini
inikah erti, inikah erti
rinduku padamu

aku turut, aku turut bersamamu
aku jua, aku jua ingin bersamamu
aku ingin, aku ingin bersamamu jua nanti
bagaikan hari-hari dulu lagi.

Friday, March 10, 2006

bab 25 - datuk k dan datin s?

haiyok..akhirnya keluar juga bab baru dalam cerita dunia. kekeke..bukan takde cerita dalam dunia, cuma kadang-kadang hidup kite ni busy semacam dan kadang-kadang jugak melahu bagai masa tak pernah berjalan. so, mungkin itu lah alasan terbaik. boleh tak macam tu? tajuk bab tu mmg saje je nak dibincangkan. biasalah muka depan sokkaba. dah 3 hari berturut2 dah cerita datuk k nih. tapi takde yang sahih nyer. pandainya simpan rahsia. ske ati korang la ek. kalo korang kawen pon bukan aku leh pergi kan. hehehe.. spupu kawen pun tak dpt pergi sbb ade komitmen lain, inikan pula seorang datuk yang tiada kene negene langsung dalam kaum kerabat melainkan saudara sesama muslim.

pendapat aku la kan..kok kalo da nak bertunang tu..gitau je la tak yah nak sorok2 lagi. bukannya rancang nak btunang tahun depan. siap cakap ogos nak kawen gitu. so apa salahnya bagi thau sket sapekah gerangan pengantin tu. dalam kes ni, datuk k yang ingin merahsiakan atau pasangannya yang nak semua ni dikunci ketat-ketat? ceh, cam penyibuk lak bunyinye. ok, nevermind! buatlah ske ati yer..baca sokkaba je la.

wokeh..apa topik seterusnya? mm.. ade ke takde? ade mungkin, juga mungkin takde. ok.. skang nih cuti skolah mula lagi. sminggu. kat pantai timur, baik kat pantai barat and of course la aku kat pantai timur. cuti skolah sampai 18 mac nih. maksudnya 19 mac bukak cuti.pastu ada lagi dalam 4 hari pastu, aku akan ke jb. nak buat apa aku ke jb? hahaha.. ade majlis pertemuan la sket kata org. huhu.. kang ade gambar2 sket aku masukkan kat sini la.. dah bape lama tak naik bas gi jb nih? mmm.. start hujung november lepas..kira nak masuk bulan doblas la kan.. skang bulan tiga..kira beh kurang pat bulan dah la..mm.leh tahan lama gak kan.. huhu..and maybe 2 minggu lagi pergi pulak lagi skali buat penghabisan..pastu mungkin amik masa bertahun2 lak nak ke sana. inilah perjalanan hidup rupanya. dan perjalanan hidup kita yang banyak macam2 ni membuatkan kita lebih matang. dan sekarang dan tentunya akan datang, segalanya akan lebih mencabar dan banyak benda juga yang nak difikirkan sebab tanggung jawab kan lebih besar. stop sini dulu sebab len kali nak cerita lagi ni. walaupun bab seterusnya tak tau bile akan diterbitkan, tapi itu la yang bes nye, semua benda dalam hidup pun macam tu, tak tahu apa kesudahan sebab merancang dan berharap bukan perkara terbaik. yang lebih baik bagi aku ialah bagaimana kita menghadapi sesuatu yang kita tak tahu hujungnya.

Wednesday, March 01, 2006

bab 24 - info minyak

semua mungkin tahu, juga mungkin terlepas pandang.. lihatlah kronologi kenaikan minyak di malaysia.

SEDIKIT INFO PASAL HARGA MINYAK DI MALAYSIA

sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
Hari ini: 28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

bab 23 - a long journey

tadi..saya baru terima satu emel dari salah seorang rakan baik saya. mungkin anda semua pernah menerima kiriman emel tersebut. tak mengapa kerana cerita ini bagus dan saya ingin berkongsi dengan anda.

petikan emel itu adalah seperti berikut:

untuk bacaan pada masa lapang.
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah
dulu...
tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey
Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm,mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan? semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china> tu...ada yang suka stoking tebal laaa... internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan RMT) mesti kluar awal. lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &>Sentry', kejar2 duduk... kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.skarang digelar 'remaja'.bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2>baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone... hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?Cheers to the 80s babies!!!

hmm..macam mana? ada tersenyum membacanya? cerita dulu-dulu pun cerita dunia juga!