Whatever Will Be, Will Be...

Tuesday, December 06, 2005

bab 3 - harry potter dan rakan-rakan

saya percaya ramai yang dah saksikan cerita adaptasi harry potter yang kini dah masuk episod keempat di pawagam. saya sebenarnya tak pernah membaca novel harry potter yang tebal itu. bukan tiada keinginan, tapi mungkin belum sampai masanya atau juga boleh dikatakan tiada di depan mata. kalau ada buku depan mata, saya akan baca juga kerana saya juga suka membaca novel. biasalah sekadar mengisi waktu luang. kadang-kadang waktu tak luang pun baca juga kerana selagi tak dihabiskan sebuah buku.. kerja lain akan tergendala. lagipun, baca novel secara 'shift' hampir samanya dengan menonton drama bersiri. episod lalu akan kesamaran. lupakan pasal novel. saya ingin berkongsi cerita tentang penonton, harry potter dan saya sendiri.

agaknya kenapa anda suka menonton filem harry potter? adakah anda pernah tahu wujudnya harry potter sekiranya tidak difilemkan? masing-masing ada jawapan sendiri. saya sendiri menyukai harry potter kerana magik yang ada dalam filem tersebut. kalau tiada magik, sungguh akan boring. lagipun bagi saya, magik yang dimiliki oleh pelakon-pelakon filem tersebut membolehkan filem atau lebih tepat lagi cerita tersebut akan terus berlangsung tanpa ada sekatan mahupun kongkongan. contohnya sekiranya ketika harry potter tersekat dalam satu lubang, beliau bisa menggunakan magiknya untuk terbang keluar dan berbagai-bagai magik lagi boleh beliau gunakan. kesimpulannya magik adalah jalan keluar bagi cerita ini.

saya berpeluang menonton kesemua filem harry potter. bagi saya jalan cerita yang dibentuk agak baik supaya ada kesinambungan terhadap episod filem terdahulu. kini, walaupun harry potter memasuki tahun keempat di hogwards, saya rasakan seolah sama-sama membesar dengan harry dan rakan-rakannya. cuma saya rasa janggal apabila setiap semester, guru sihir adalah guru-guru baru untuk mengajar dalam kelas. mungkin terlalu ramai guru sihir graduate dengan cemerlang.

dari segi penataan cahaya dan bunyi, filem ini masih mengekalkan elemen menggerunkan dan misteri kerana sebuah kegelapan dapat kita rasakan setiap kali menonton harry potter. saya paling gemar babak berlari dalam kegelapan dalam hutan 'maze' (nama hutan tersebut pun dah lupa sebab banyak sangat nama baru dalam setiap episod) iaitu salah satu babak dari harry potter and the goblet of fire. saya rasakan seolah saya saya sendiri meraba-raba dalam kegelapan, dengan perasaan takut dan kehilangan arah membuatkan segalanya sangat menerujakan tambahan pula hutan-hutan tersebut sering bertukar susunan. nasib baik magik banyak membantu untuk keluar dari belenggu, keluar dari kongkongan jalan cerita yang semakin runcing.

untuk mengklasifikasikan filem ini, saya serahkan pada anda semua. ada beberapa kategori bagi mengkelaskan filem-filem sebegini. kategori pertama adalah komen dikalangan peminat episod harry potter, kategori kedua adalah komen dari kalangan bukan peminat harry potter dan ketiga adalah dari mereka yang pernah membaca novel harry potter. pandangan mereka pasti akan berbeza. anda pula dalam kategori mana?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home