Whatever Will Be, Will Be...

Thursday, December 15, 2005

bab 5 - cuti sekolah = kenduri

assalamualaikum.. saya baru saja pulang dari perjalanan yang agak panjang. biasalah..bila mula saja cuti sekolah, mesti lah ada kenduri situ sini.. yang kena pergi, yang tak payah pergi, yang teringin nak pergi dan juga yang tak teringin langsung nak pergi. bunyi macam ada konflik pula dalam ayat tersebut. lupakan saja sebab kadang-kadang konflik ada di mana-mana.. nak terjemahkannya pun agak sukar sebab setiap konflik akan dipandang berbeza oleh orang yang berbeza. berbalik kepada cerita kenduri musim cuti sekolah, masih banyak kenduri di sana sini. orang tak jemput pun kita tau ada kenduri dikampung sebelah sebab kita dah boleh tahu adat melayu, nampak saja bunga manggar dan anak panah menuju masuk lorong, maka tahulah kita adanya kenduri kahwin di salah satu rumah dalam lorong tersebut.

saya juga pergi ke majlis kenduri, tapi sebuah kenduri pertunangan seorang sepupu. pepatah kata jauh perjalanan luas pandangan. walau tak sejauh amerika atau kutub utara sana, tapi tetap juga sebuah perjalanan. saya akan naikkan cerita kisah pertunangan beliau nanti dalam bab lain sebab saya cuma mahu cerita kisah cuti sekolah yang sinonim dengan kenduri. pantang ada cuti sekolah mesti ada kenduri. kalau saya tanya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, apakah masa paling sesuai untuk saudara buat kenduri kendara? saya tak tahu jumlah sebenar, tapi saya jangka majoriti memilih musim cuti sekolah. beberapa faktor dikenalpasti. pertamanya secara ringkas saya rasakan kerana pada waktu inilah sanak saudara dapat sama-sama meraikan kenduri yang kita anjurkan. lainlah kalau anda tidak mahu menjemput saudara mara mahupun sahabat handai, maka boleh lah saudara sekalian buat kenduri semasa musim peperiksaan. boleh juga jimat belanja. dan itu lah satu-satunya faktor yang saya beratkan! tiada kedua dan ketiga melainkan saudara dan saudari ada sebab sendiri.

oleh sebab banyak sangat jiran tetangga, jiran sebelah kampung, saudara mara, kawan-kawan buat kenduri, maka yang jadi buah mulut orang mestilah menunya. kalau setiap rumah yang pergi dihidangkan nasi minyak juga, muak juga tiap-tipa hari nak jamah nasi minyak. lagi-lagi kalau satu kampung, besar kemungkinan pula tukang masaknya juga sama; dengan lauk yang sama, argh.. nampaknya hidangan istimewa cuti sekolah dah tentunya nasi minyak. maka kebelakangan ini, agaknya tuan rumah dah bosan dengan nasi minyak, dibuat pula nasi putih dengan lauk pauk.. baru lah ada kepelbagaian.

kadang-kadang satu hari ada 2, 3 kenduri. jenuh juga nak pergi semua rumah. tapi dek kerana mahu menjaga kesusilaan sebagai orang melayu, maka pergi lah juga. saya tulis begini, jangan pula ada yang mengata saya tak ikhlas pergi bertandang rumah orang kahwin, sebab saya pun hanya pergi rumah yang saya betul-betul nak pergi. bukan kerana paksaan. maklum lah kalau ada 2, 3 jemputan dalam satu hari, kadang-kadang tak sempat nak pegi kesemuanya sebab dah clash tarikh. maka tak terpergi pula. sebab itu kadang-kadang kita boleh tengok kenduri rumah si polan atau si polan ini tak ramai tetamu. bila dah begitu adalah pula mulut sumbing yang mula buat cerita. konon pengantin tak digemar orang. biasalah, masyarakat kita memang macam tu.

jalan lain yang digunakan bagi mengelak ketidakhadiran tetamu, mereka dah mula mencari cuti-cuti sekolah pendek. contohnya seperti hari merdeka, hari perayaan dan beberapa cuti umum yang lain. tak apalah bila-bila pun, janji majlis lancar, tak jadi buah mulut orang sudahlah. kepada yang nak bertunang , kahwin atau buat kenduri itu atau kenduri ini, pilihlah tarikh yang tepat, menu yang jimat tapi kreatif, juga titik beratkan soal adat dan layanan. orang kita mudah terasa, yang silap cepat nampak, yang hebat indah tahun depan baru puji. selamat bertunang dan selamat pengantin baru buat calon dan pengantin cuti sekolah!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home