Whatever Will Be, Will Be...

Thursday, December 15, 2005

bab 6 - dealova, apa artinya cinta?




aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

korus:
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

ulang korus [2x]
selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Dealova - Once (OST Dealova) boleh download di sini

sudah dua minggu saya mendengar soundtrack dari filem dealova ini. judulnya saya kurang pasti lantas saya hanya menamakan lagu tersebut sebagai dealova saja dan saya kira pembaca kebanyakan sudah mendengar lagu merdu tersebut.. sangat menusuk jiwa apa lagi jika didengar pada waktu malam dalam kesuraman cahaya yang dihembus pula oleh angin sepoi bahasa. tambah sekarang musim hujan menambah lagi elemen melodrama dalam realiti hidup kita. sesekali melayan perasaan seronok juga.

saya sebenarnya terlalu ingin menonton cerita ini. lagu yang sangat menyentuh jiwa ini membuat saya tertarik mahu menonton filem tersebut. dealova. apakah maksud disebalik nama filem ini. apakah cerita yang terkandung dalam cerita ini. adakah lirik lagu ini menggambarkan sedikit jalan cerita ini atau pun tidak? saudara pembaca yang pernah menonton filem ini, sila lah hubungi saya supaya saya dapat menonton, berkongsi jalan cerita ini. saya harap saya tidak kecewa dengan cerita ini jika saya akhirnya dapat menonton filem ini. melalui melodi yang indah, lirik yang ringkas, mudah difahami tetapi melankolik. sungguh menarik minat saya untuk menonton sendiri apakah filem ini sehebat soundtrack?

saya sendiri tidak tahu sudahkah filem ini ditayangkan, siapakah pelakon cerita ini, apakah sudah di vcd kan? ini kerana saya hanya mendengar soundtrack yang diperkenalkan oleh jcto dua minggu lalu kemudian terus terpikat dengan muziknya. kepada pembaca yang belum mendengarnya, saya sarankan anda dengar dulu baru nyatakan sendiri apakah yang anda rasa, apa yang anda fikir tentang lagu tersebut. mungkin anda rasa ia biasa dan tak seindah saya khabarkan kerana kitakan manusia, citarasa pasti berbeza.




sebuah lagi cerita yang dengarnya ngetop di negera seberang sana. entah bila hendak ditayangkan di malaysia? biasanya filem top indonesia akan ditayangkan di malaysia jua suatu hari nanti. filem mereka lebih kurang sama juga. 'ada apa dengan cinta', 'eiffel..i'm in love', 'tentang dia' adalah antara yang top di malaysia. kesemua soundtrack adalah daripada melly goeslow. muzik melly ada identiti. ada jiwa. kalau sedih..kita dapat rasakan sedih, kalau gembira kita dapat rasakan kegembiraannya. mungkin kerana ini, melly lagi sekali menghasilkan soundtrack untuk 'apa artinya cinta?' sebuah cerita, filem lakonan shandy aulia dan samuel rizal. mereka juga pelakon 'eiffel..i'm in love'. kisah budak sekolah juga kali ini. tak mengapa, saya menyukainya!

sepertimana dealova, saya juga ternanti-nanti untuk menonton filem ini. walaupun belum tahu menarik atau tidak, saya tetap mahu menontonnya kerana ia kisah remaja. saya remaja, saya mahu menonton filem remaja. sudah lama disogokkan dengan cerita komersil melayu yang membosankan. sekali lagi jika saudara pembaca pernah tahu telah terjualnya vcd cerita ini, silalah sekali lagi berkongsi dengan saya kerana kini saya juga sibuk mencari filem ini, walaupun saya tahu baru sebulan ditayangkan di indonesia.

saya juga ternanti-nanti filem melayu sebagus 'gol dan gincu' kerana saya menggemari cerita-cerita sebegini. sukar betul hendak menghuraikannya. bagi saya 'gol dan gincu' adalah sebagus 'ada apa dengan cinta' dan 'tentang dia'. walaubagaimanapun, filem-filem ini bukan dalam kategori seperti filem 'sepet' yang tak dinafikan kebagusannya. filem 'sepet' sangat sarat. mendorong masyarakat berfikir. jika inginkan hiburan ringan, silakan menonton filem yang lebih senang difahami.

rakyat menonton filem untuk menonton cerita, menikmati rasa yang diluahkan oleh pencerita dan kemudian meletakkan diri dalam cerita tersebut sambil merumuskan jalan cerita. selebihnya rakyat akan membandingkan cerita tersebut dengan filem lain. namun realitinya, rakyat mahu menonton filem, bukan berhempas pulas memahami cerita. kalau ada yang cakap rakyat masih rabun menonton cerita, saya akan cakap berilah sesuatu yang terang untuk mereka.

info:

Shandy Aulia sebagai Aliza/Samuel Riza sebagai Dara/ Acha Septriasa sebagai Mitha/ Sari Nila sebagai Mama Aliza/ Didi Petet sebagai Om Sudiro/ Mischa Chandrawinata sebagai Rio/ Betrand Antolin sebagai Tama/ Ken Ayu Citra sebagai Ayu/ Dimas Beck sebagai Angga/ Alexander Wiguna sebagai Fadli/ Onky Alexander sebagai Papa AlizaMinati Atmanegara sebagai Tante Sudiro/Naomi Gonzales sebagai Sofie/

3 Comments:

  • kte da dapat dengar lagu ni... terdiam, terpana. syahdu... lame sangat xlayan lagu, sbb dengar lagu ni arini, kte rase sesuatu... hehe... nak layan jiwe nge lagu2... hehehehe... mmg lagu ni kelas lagu kte. mmg jenis kte. huhu... mekasey perkenalkan kte...

    By Blogger inawailsah, At 3:40 PM  

  • Saya salah seorang yg berjiwa seperti anda..!! Menantikan saat kemunculan filem Dealova ni..! Lirik lagu yang menyentuh jiwa...
    Seakan-akan menggambarkan betapa hebatnya filem ini....
    kenapa di Malaysia kurang masyarakat menceritakan tentang filem ini... Hanya mendengar lagu tersebut sebagai JUARA CARTA 'BAIK BANGAT' di RED FM...!!!!
    Apa Artinya Cinta... pun best gak lagu tu.. Suka lagu Indonesia dan filem dari Indonesia...semua filem yg dinyatakan seperti Eifel..I'm in love.. dan sebagainya...semuanya best..!!

    By Anonymous Anonymous, At 4:36 PM  

  • mmg bes bangat lagu ni.. sedang cuba mencari apakah filem ini dijual di malaysia.

    By Blogger afitri, At 4:41 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home