bab 7 - nikki dalam kaca
ayoyo.. promosi album yang bersifat realiti. orang dalam kaca. pernah lihat raja ular dalam kaca? pernah tengok raja jengking dalam kaca? david blaine ada jugak duduk dalam kaca, tapi ia sebenarnya ais yang lutsinar. nikki pun buat lebih kurang sama dengan diorang ni. duduk dalam kaca juga. kalau akademi fantasia tinggal dalam banglo yang kemudiannya diteropong oleh rakyat malaysia melalui saluran astro ria, nikki pun lebih kurang sama juga kaedahnya. cuma tak la sampai seluruh rakyat malaysia dapat tonton aktiviti si gadis sabah ni. cuma rakyat yang ada di sana mungkin.
saya mewakili rakyat biasa yang akan menerima impak sama ada promosi nikki ini berkesan atau tidak. apa yang saya tahu hanya itu. berada 3 atau 4 hari dalam kaca tersebut kemudian akan keluar untuk promosi album beliau. saya tak tahu sama ada ada ditunjukkan sedutan beliau di dalam kaca tersebut di televisyen atau tidak. gimik dan promosi yang dilakukan hanya sampai di situ sahaja. rakyat yang melayari internet dan mengetahui url blog-blog tertentu sahaja akan terdedah dengan promosi tersebut yang dipanggil projek maharani itu. bagi golongan yang tidak lama di internet, hanya menonton tv dan membaca suratkhabar jarang yang tahu kewujudan promosi ini. saya ada membuat sedikit survey berkenaan projek tersebut dan hasilnya, tiada yang tahu pun mengenai nikki. kasihan mereka atau kasihan nikki? mereka tidak kenal siapa nikki melainkan saya yang terpaksa memperkenalkan nikki kepada mereka. itu pun mereka masih bertanya yang mana satu nikki.
harapannya supaya nikki berjaya mempromosikan dirinya sekaligus mempromosikan album beliau. dengan sokongan penggiat projek maharani, mungkin rakyat akan lebih mengenali beliau. namun pada pendapat saya, nikki sudah dikenali oleh pelayar internet tetap, cuma projek tersebut menampakkan kesungguhan mereka mempromosikan seorang penyanyi wanita yang dikira berbakat dan memenuhi citarasa mereka dengan harapan seluruh rakyat juga 'tidak buta' menilai seperti mereka.
persepsi masing-masing seharusnya dihormati. kalau mahu dihormati, belajarlah menghormati orang lain juga. jika mahu orang menghormati pandangan dan citarasa anda, hormatilah minat orang lain juga kerana tak semestinya kita semua betul dan tak semestinya mereka semua benar. apapun, selamat berjaya kepada nikki.
sumber gambar: www.thestar.com.my
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home