bab 10 - sana'y wala nang wakas
anda suka yang mana? ara dan christian? atau grace dan leo? bagaimana pula nasib mary anne pada pandangan anda?
telenovela filipina ini sudah beberapa kali ditayangkan di kaca tv. saya hanya sempat menonton sekali dan untuk tayangan ulangan ini, saya sesekali menonton ketika ada masa luang. apa yang saya lihat, walaupun kesekian kalinya ditayangkan, kegilaan terhadap telenovela ini masih marak walau tidak semarak ketika pertama kali ditayangkan. melihat fenomena sedemikian, penerbit drama tersebut barangkali teruja untuk memberikan kesan yang lebih mendalam terhadap penonton lalu dibiarkan penonton membuat pilihan bagi kesudahan jalan cerita ini. di malaysia, penyudahnya diberikan kepada pasangan ara dan christian. namun, saya berhak mempunyai pandangan sendiri yang mana saya lebih gemar melihat pasangan grace dan leo bersatu.
pilihan kita bagi saya merupakan karakter diri kita yang sebenar. lebih dramatik individu itu sekiranya merestui pasangan ara dan christian manakala jika memilih pasangan grace dan ara, bagi saya mereka itu lebih terbuka. salahkah penilaian saya? anda berhak menangkis, kemudian berilah pendapat anda.
berbalik kepada percintaan ara dan christian yang pada mulanya sangat romantik, susah senang bersama dan penuh dengan elemen yang dipanggil 'tidak berpijak dibumi nyata' yang kadangkala dilakukan oleh christian, apa yang berlaku adalah sangat membosankan walaupun pada mulanya hubungan berjalan dengan baik. tapi dek kerana banyak perkara yang dilakukan yang membuatkan saya terfikir, mungkinkah dalam dunia sebenar boleh berlaku, atau boleh dilakukan?
cinta mereka kemudian teruji lantas perjalanan cerita yang sedikit longgar itu menemukan ara/grace kepada leo. saat itu, penonton didatangkan hero baru yang lebih menggambarkan dunia sebenar. lebih realistik. penonton yang kebosanan melihat hubungan christian dan ara kemudian rasa lebih terhibur dengan kemunculan leo. mary ann juga kemudian memainkan peranan seolah-olah memberikan pilihan kepada penonton untuk menggantikan tempat ara di hati christian yang ketika itu kehilangan cinta ara pada zahirnya.
konflik demi konflik berlaku, penonton mula menggemari leo dan grace namun bagi mereka yang masih mengenangkan ketelusan cinta ara dan christian, masih mengharap ara meluahkan rasa cinta sebenar terhadap christian yang seringkali menunggu jawapan ara ketika grace/ara hangat bercinta dengan leo. dramatik bukan? faktor simpati terhadap christian yang tidak bersalah mungkin amat menebal menyebabkan undian banyak diberikan kepada christian untuk memenangi ara. faktor lakonan bersama dalam drama-drama terdahulu juga mungkin memainkan peranan. sayang, kedatangan mary ann tidak dapat menarik simpati penonton untuk cuba memisahkan ara dan christian supaya mary ann dapat memenangi christian. sekali lagi bunyinya agak melankolik. mujurlah dalam episod akhir edisi malaysia yang mana peluang diberi kepada ara dan christian untuk menyudahkan cerita telah memberi kelegaan kepada mary ann dengan menemukan kepada beliau seorang jejaka lain.
apakah yang akan berlaku kiranya leo memenangi grace? saya tercari-cari penamat yang sedemikian namun hingga kini masih belum ditemui.
waktu siaran ulangan :
astro prima - 10.00 pagi - isnin hingga jumaat
rtm tv2 - 2.30 petang - isnin hingga jumaat
1 Comments:
Mencelah sedikit. Astro dah lama tunjuk citer ni. Aku dah siap tengok episod final untuk Christian dan episod final untuk Leo lagi. Marry Anne nanti jumpa ngan laki mana ntah. Hahaha. Sorry sebab aku spoilkan detik2 yang mendebarkan bagi sesaper yang belum nengok agi citer ni.
By Anonymous, At 2:56 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home