Whatever Will Be, Will Be...

Monday, January 23, 2006

bab 16 - kemerosotan idea

hai semua. saya lihat kemerosotan idea mula berlaku terhadap ramai blogger termasuk saya.kenapa? sibuk atau sememangnya mengalami kemerosotan idea. tiada idea mahu dihujahkan. bagi saya, banyak sebabnya. mungkin juga isu yang ada terlalu banyak hingga tiada satu pun akhirnya yang terpilih untuk dikongsi bersama.

kebelakangan ini, isu paling hangat adalah berkenaan status agama yang mula tercetus sejak kematian allahyarham 'm.moorty' dan juga peristiwa berkait nyonya tahir yang akhirnya diisytiharkan beragama buddha. kes seterusnya berkaitan ikan patin khususnya, dan umumnya ikan sungai yang diberi makan babi rebus. sebenarnya isu halal haram ini sudah berkali-kali keluar berita. sekarang ni, pengguna saja yang berhak buat pilihan untuk diri sendiri sebab rasanya kerajaan kurang mampu ambil tindakan. seperti kata menteri muhyiddin yassin, bahawa pihak beliau tidak dapat ambil tindakan apa-apa kecuali bagi nasihat. jadi bila bagi nasihat sudah boleh jadi halal kah? tentunya tidak. maka sekarang, pengguna perlu bijak! boikot ikan sungai bunyinya agak mudah. tapi susah juga bagi penternak yang pelihara ikan dengan cara betul, lingkup perniagaan mereka. kesian pula. saya juga penggemar ikan sungai, takkan saya nak boikot selama-lamanya. tapi, demi kehalalan dan sementara dapat hilangkan rasa loya dan jijik ekoran berita ikan 'babi rebus' itu, saya lebih suka makan ikan laut. tak payah disembelih, confirm halal selagi saya membelinya dan bukan mencuri.

cerita dunia yang lain kebelakangan ini, ada juga cerita tentang datuk syarifah aini, terlepas tapi masih tidak bebas daripada tuduhan, untuk maklumat lanjut kenapa ada perkara sebegini, elok rujuk lepasan ijazah undang-undang. saya cuma dengar berita. sekadar berkata " ooo.."

hmm..juga mahu berikan sedikit komen berkenaan akhbar harian metro. bagi saya akhbar tersebut terlalu cepat buat kesimpulan. agaknya mahu lariskan akhbar maka cerita ditulis pun tanpa selidik. akhirnya, orang lain jadi mangsa. saya nak tanya, ada tak pihak akhbar tersebut minta maaf kalau berita disebarkan seluruh malaysia tak benar? kasihan pulak si mangsa kena cari media lain betulkan cerita, bagitahu hal sebenar. kes to'ki, kes apek hisap ganja, semuanya kemudian dapat penafian dari empunya diri. sebenarnya memang saya dah perasan. kadang-kadang wartawan tulis cerita main aci sedap, aci penuh je ruangan. . sekadar pandangan dari seorang rakyat malaysia.

oklah, itu la dulu cerita dunia yang ala-ala cerita malaysia.huhu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home