bab 17 - Tahniah Apit & Betty
hullo assalamualaikum. harini disebabkan masih rasa bosan, maka saya ringankan jemari ini untuk menaip kisah perkahwinan seorang sepupu baru-baru ini. dikisahkan beliau dipanggil apit oleh sepupu sepapat sementara pasangan beliau didesas desuskan dengan panggilan betty.
sejak sekian lama sebenarnya kisah beliau diketahui umum hinggalah beliau sendiri mengumumkan tarikh pernikahan beliau. pertunangan kemudian dilangsungkan pada 10 disember lepas. akhirnya, setelah segala persiapan dilakukan, mereka diijabkabulkan pada 29 januari 2006, jam 12.03 tengahari di masjid kampung pulau, labu, negeri sembilan. dari bahagian mana ingin saya mulakan cerita ini?
persiapan
(kemuncak 27 januari 2006/ nilai, negeri sembilan):
dikepalai oleh che ma, seorang ibu saudara merangkap mak andam yang sangat berpengalaman dalam hal ehwal andam-adaman pengantin termasuk juga gubahan hantaran. serahkan saja pada yang pakar. orang lain tolong-tolong la jugak. kak mimi pula selaku perancang aturcara. beliau merupakan kakak kepada pengantin lelaki dan sanak saudara selebihnya bertugas sebagai kumpulan sokongan. ada yang buat sub kontraktor gubah hantaran, ada yang sediakan makanan dan juga tempat tinggal tak lupa juga yang tukang bawak hantaran. kredit besar untuk che uji dan ayah su kerana menaja tempat tinggal sebahagian rombongan, juga penaja tempat berkumpul sebagai markas aktiviti. sebenarnya saya ada merakamkan foto sewaktu acara persiapan sedang dijalankan. tapi entah di mana dendamnya, ada pihak yang telah delete gambar tersebut. sepanjang majlis persiapan, ada beberapa menu khas disajikan dan antaranya adalah bihun goreng,kuey tiaw goreng, satey, roti dan limau mandarin sempena tahun baru cina.
(kemuncak 28 januari 2006/ putrajaya, kuala lumpur):
selepas isyak, solat hajat dan kenduri tahlil diadakan di putrajaya, kediaman abang boy selaku abang kepada pengantin. ini kerana rumah keluarga bakal pengantin itu sedang diubahsuai untuk majlis sambut menantu kelak. malam itu disajikan dengan hidangan nasi kerabu dan acara last touch up bagi gubahan hantaran dilakukan sementara yang lain beramah mesra.
(kemuncak 29 januari 2006/ nilai, negeri sembilan)
pagi itu, semua sanak saudara berkumpul di kediaman che uji sekali lagi di nilai. tema biru turqoise kehijauan (mmg susah nak direalisasikan).walaubagaimanapun, ramai yang mengikut konsep menjadikan rombongan kelihatan sewarna!. dihidangkan oleh penganjur perkahwinan dengan nasi dagang kelantan sebagai sarapan pagi sebelum menjamah lauk kenduri tengahhari nanti. perihatin sungguh pihak penganjur. syabas!
akad nikah(29 januari 2006/ masjid kampung pulau)
bertolak lebih kurang jam 11.30 pagi dari nilai menuju pekan labu. sebanyak lebih 10 buah kenderaan konvoi ke sana menuju masjid kg. pulau. hati si pengantin tak siapa tahu kerana raut wajah encik apit cam biasa saja, mungkin kontrol. tiba di sana lebih kurang 15 minit kemudian. sementara menunggu detik akad nikah, hantaran disusun sebaris di dalam masjid berhampiran kawasan upacara akad. maka sesudah hadirin sedia mengelilingi bakal pengantin, imam membaca sedikit khutbah barangkali (lain tempat, lain cara) sebelum apit disahkan menikahi betty jam 12.03 tengahari dengan sekali lafaz. belanjanya saya perlu off record. tahniah.
sanding (29 januari 2006/kg. pulau)
dah siap nikah, ada la sikit jamuan, ada donat, karipap dan kuih apa saya pun tak ingat namanya. ada juga teh dan teh o. kami makan sikit saja sebab dah tahu, semasa orang sedang bersanding kejap lagi, rombongan sebelah lelaki akan makan sepuas-puasnya sementara menunggu majlis sanding dengan tepung tawar ,renjis mawar dan sebagainya selesai. selamat bersanding. lagu dari muzik gamelan dimainkan oleh kumpulan warisan budaya kawasan mana saya tak tahu telah mengiringi suasana. kadang-kadang bunyi lagu seakan-akan sama walaupun diumumkan sebagai lagu berlainan. nasib baik pengantin bertimbang rasa kerana semasa upacara makan beradab, lauk mereka di pass kan kepada pihak rombongan kerana mungkin untuk elakkan pembaziran. maklum sajalah, baru kahwin, makan pun ala-ala suap je lah. maka kami terus menjamah apa saja lauk yang dihulurkan. cuma sebab terlalu banyak, kami tak dapat habiskan.
penutup (29 januari 20006/kg.pulau)
akhirnya, kami pun penat, maklumlah, panas seyh. lagipun, pengantin dah siap selamat. maka, kami pun pulang la ke kediaman rasmi di nilai dan setengahnya lagi ke putrajaya dan kajang. itupun setelah bergambar keluarga dengan pengantin dan yang ada cuma sebahagian daripada sepupu sepapat. sampai saja dirumah, kami pun dengan rasa leganya tidur dan tidur dan tidur kerana kepenatan. malam nanti ada lagi acara penutup.
malam penutup (29 januari 2006/ nilai, negeri sembilan)
bangun tidur, sempat kami berbual sementara ajk menyiapkan perkakasan untuk barbeku malam itu. wah, kali ini untuk release tension para ajk juga pengantin barangkali. ikan, ayam, ketam dan sosej. nasi berlauk juga nasi dagang serta buah-buahan jadi santapan. semua turut serta termasuk pengantin baru; apit dan betty walaupun tiba agak lewat. ada 6 kumpulan. masing-masing dengan agenda tersendiri. biasalah sesi soal siasat bersama kumpulan 'tanya linda' dianggotai apit,betty,ayah din,ayah le,che woh,ayah je,kak baby dan abah. kumpulan 'bersama kak nita' pula disertai oleh kak mimi, kak sima dan che ma dengan topik yang kelihatan serius. kumpulan 'national geografi' diketuai oleh ayah su dan ahlinya pula adalah fitri,idi,che uji, aisyah,kakak dan faizi. mereka sedang meratah dengan lahap ikan bakar seolah-olah harimau sedang meratah rusa. kumpulan 'disney' pula disertai oleh kanak-kanak riang yang sedang bermain didalam rumah seperti khalish, syazwan, mama tira, insyirah dan kuncu yg lain. sementara kumpulan 'prima' dianggotai oleh bibik-bibik di dapur rumah yang mungkin berbincang tentang resipi hari ini dalam bahasa indonesianya. akhir sekali, wazin,fashli dan hanif menyertai kumpulan 'mtv' dengan jiwa muzik mereka. majlis kemudian tamat lebih kurang jam 2 pagi waktu malaysia.
kami pun penat, tambahan keesokannya, kami perlu pulang ke daerah masing-masing sementara menanti bulan mac ini untuk acara sambut menantu yang dijadualkan pada 12 mac 2006 di kajang, selangor. itu saja ulasan ringkas berkenaan majlis pernikahan sepupu kami apit. semoga bahagia selalu. kepada sepupu yang lain, majlis anda juga hampir tiba, rancanglah dengan baik..chow cin cau!!!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home