Whatever Will Be, Will Be...

Sunday, February 12, 2006

bab 18 - fikir lagi dan terus berfikir

sama ada sebab masih belum mengantuk atau sebab banyak berfikir membuatkan biji mata tak mahu lelap. maka saya menulis di sini dengan harapan, sifat mengantuk itu akan hadir sedikit demi sedikit. petang tadi saya sudah tidur seketika, dan juga sebentar tadi juga saya banyak berfikir. maka, saya kurang pasti gara-gara apa yang membuatkan saya tak dapat melelapkan mata.

perut kemudian sedikit-demi sedikit berkeroncong. gusar juga; bimbang penyakit itu menyerang kembali. mahu makan? entah apa yang boleh saya sediakan awal pagi sebegini. di sini bukan rumah bujang, ini rumah keluarga. sendiri tak dapat lena, jangan diganggu mimpi orang! berpegang prinsip itu, saya cuba menahan diri. tapi itu bukan kes besar, kerana apa yang cuba saya lakukan sekarang adalah untuk mengisi kekosongan malam. semua channel tv sudah berganti, tiada satu pun menarik perhatian. akhirnya saya memilih untuk menulis blog.

cerita apa ada hari ini? seingat saya, dua tiga hari ini, ada cerita tentang karikatur menghina Rasulullah, memang melampau. kemudian tentang mrr2 dan pelbagai lagi keretakan jambatan, ada cerita thaipusam, kaki bayi kudung, kisah juara lagu pun masih ada, dan terbaru.. bahana af! akademi fantasia 4 akan muncul. tunggu saja penangan af kali ini, makin panas atau tidak, tentukan sendiri ok?!

rasanya cukuplah buat sementara kerana saya sendiri tidak merancang untuk menulis apa-apa.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home