Whatever Will Be, Will Be...

Saturday, February 18, 2006

bab 20 - 'meriah'nya kilang meletup!

dekat-dekat pukul 9.00 malam semalam, sedang aku duk rilek2..maka terdengarla bunyi letup bom bom bom beberapa kali. ntah apa la bunyi tuh..maka aku wat rilek je la. pastu dapat la satu mesej daripada adik aku. waa.. ade kilang meletup rupanya. kilang yang kat umah aku ni la..kilang papan. nama kilang dirahsiakan la sebab takut kang kilang tu malu lak kilang die meletup-letup. aku pun dengan tangkasnya menyibukkan diri keluar umah nak tengok kalau-kalau nampak asap kebakaran tuh demi mengesahkan kejadian. dan memang la nampak. siap nampak kaler merah-merah agik. tak leh jadi ni, aku nak tengok gak besar mana kebakaran yang berlaku itu sampai letop-letop agik. aku pun pegi la nyibukkan diri gi tengok kebakaran. amboih, orang lain lagi cepat apa! sampai aje kat sana, waaa..ramai giler. dah cam pasar malam lak aku tengok. sume duk nengok api marak. kekekke.. kenapa ramai tengok? sebab semua pun cam aku gak, saje-saje takde keje tengok api marak besor-besor..hahahh.. pastu bomba dah datang agaknya. aku tak la dekat sangat pergi, tapi nampak la jugak orang-orang kilang agaknya yang sibuk duk alihkan lori-lori dorang.



aku pun snap la gambar sket. bongek nyer kamera! takde bateri la pulak. ni mesti keje adik aku nih. smalam nampak duk syok sgt amik gambar! maka, sempat la beberapa keping je. tak sempat la nak amik 'kemeriahan' penonton-penonton. tapi kan, dalam duk tengok-tengok tu ade la jugak suara-suara belakang cakap nak meniaga air dan kacang sempena kemeriahan itu.hahah..lawak..lawak.. pastu aku pun balik la..

pagi ni dengar kabar, tak abis lagi kerja padam-memadam. mungkin sebab dah merebak sangat. kilang kayu ler katakan. pastu lagi kampung aku lak cam takde air la pulak semalam. tekanan air rendah kot. tu bomba punya kerja la nak pikir air dari mana diorang nak ambik. skang tak tau la diorang dah selesai padam ke belom. tadi tengok buletin 1.30 kat tv3 takde lak siar. malam ni kat buletin utama kot. tapi kalo takde, kira tak seius la kot walaupun aku nampak cam serius je. yang aku kesian, camne la ngan pekerja-pekerja kat dalam tu. yang ade time kebakaran tu selamat ke idak? lagi, kalau dah kilang rugi besar, camne la nasib pekerja-pekerja situ, potong gaji ke atau kene benti keje aa?? dah la kilang-kilang skang nih ske sgt nak bentikan pekerja..ish..ish..ish. tapi ade jugak kes pekerja bentikan diri sendiri. heuheuheu.. adioS!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home