Whatever Will Be, Will Be...

Tuesday, February 21, 2006

bab 21 - anugerah bintang popular : apa kata anda?

tak lama lagi dah nak berlangsungnya anugerah bintang popular (abp) ni. ahad ini kan? 26 feb 2006. abp 2005 khabarnya akan lebih kontroversi lagi dengan kemasukan calon daripada akademi fantasia. selama yang saya perhatikan, kecoh sungguh kiranya ada apa-apa majlis melibatkan akademi fantasia apa lagi kalau mawi masuk bertanding. kenapa nak dikecohkan sangat? tak pasal-pasal mamat tu dapat title raja sms. dah pertandingan yang dia masuk sumer nak kene sms, padahal orang lain pun sama kan. pertandingan yang sama, format juga sama. bukannya orang lain dijurikan oleh profesional dan dia sorang saja dijurikan oleh sms atau undian. itu pasal mawi, tapi yang saya nak cerita ialah pasal abp.

abp kali ni, akan seperti selalu. ramai yang ternanti-nanti. tapi bagi saya, saya lebih teruja nak tengok persembahan artis. harap sangatlah pemilihan lagu nanti sesuai dengan majlis. pening kepala kalau asyik2 nak hip hop yang bising2 dan tak grand itu. kalau nak berhip hop pon, macam lagu alhamdulillah tu okey la. sejuk jugak mendengar nya. ini tidak, nak juga lompat2, pusing2 atas pentas tuh. muziknya pulak hanya menyebabkan saya akan menggunakan waktu tersebut untuk ke dapur minum air, atau ke tandas.

dengan penampilan artis lelaki yang lebih elegan tahun ini, diharapkan tahap profesionalisme mereka juga boleh dibanggakan dan dapat menerima apa saja keputusan kerana abp adalah pengiktirafan dari peminat. kalau tiada peminat, lebih baik duduk diam. jangan nak dengki dengki dan mengata orang kerana perbuatan itu akan lebih mengurangkan jumlah peminat sedia ada anda disamping kredibiliti anda juga terjejas. itu saja nasihat yang ada, selebihnya, sendiri pandai fikir. kata profesional, maka tunjukkanlah setakat mana tahap profesinalisme anda dan bukan hanya perasan semata-mata. bai!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home