Whatever Will Be, Will Be...

Friday, March 10, 2006

bab 25 - datuk k dan datin s?

haiyok..akhirnya keluar juga bab baru dalam cerita dunia. kekeke..bukan takde cerita dalam dunia, cuma kadang-kadang hidup kite ni busy semacam dan kadang-kadang jugak melahu bagai masa tak pernah berjalan. so, mungkin itu lah alasan terbaik. boleh tak macam tu? tajuk bab tu mmg saje je nak dibincangkan. biasalah muka depan sokkaba. dah 3 hari berturut2 dah cerita datuk k nih. tapi takde yang sahih nyer. pandainya simpan rahsia. ske ati korang la ek. kalo korang kawen pon bukan aku leh pergi kan. hehehe.. spupu kawen pun tak dpt pergi sbb ade komitmen lain, inikan pula seorang datuk yang tiada kene negene langsung dalam kaum kerabat melainkan saudara sesama muslim.

pendapat aku la kan..kok kalo da nak bertunang tu..gitau je la tak yah nak sorok2 lagi. bukannya rancang nak btunang tahun depan. siap cakap ogos nak kawen gitu. so apa salahnya bagi thau sket sapekah gerangan pengantin tu. dalam kes ni, datuk k yang ingin merahsiakan atau pasangannya yang nak semua ni dikunci ketat-ketat? ceh, cam penyibuk lak bunyinye. ok, nevermind! buatlah ske ati yer..baca sokkaba je la.

wokeh..apa topik seterusnya? mm.. ade ke takde? ade mungkin, juga mungkin takde. ok.. skang nih cuti skolah mula lagi. sminggu. kat pantai timur, baik kat pantai barat and of course la aku kat pantai timur. cuti skolah sampai 18 mac nih. maksudnya 19 mac bukak cuti.pastu ada lagi dalam 4 hari pastu, aku akan ke jb. nak buat apa aku ke jb? hahaha.. ade majlis pertemuan la sket kata org. huhu.. kang ade gambar2 sket aku masukkan kat sini la.. dah bape lama tak naik bas gi jb nih? mmm.. start hujung november lepas..kira nak masuk bulan doblas la kan.. skang bulan tiga..kira beh kurang pat bulan dah la..mm.leh tahan lama gak kan.. huhu..and maybe 2 minggu lagi pergi pulak lagi skali buat penghabisan..pastu mungkin amik masa bertahun2 lak nak ke sana. inilah perjalanan hidup rupanya. dan perjalanan hidup kita yang banyak macam2 ni membuatkan kita lebih matang. dan sekarang dan tentunya akan datang, segalanya akan lebih mencabar dan banyak benda juga yang nak difikirkan sebab tanggung jawab kan lebih besar. stop sini dulu sebab len kali nak cerita lagi ni. walaupun bab seterusnya tak tau bile akan diterbitkan, tapi itu la yang bes nye, semua benda dalam hidup pun macam tu, tak tahu apa kesudahan sebab merancang dan berharap bukan perkara terbaik. yang lebih baik bagi aku ialah bagaimana kita menghadapi sesuatu yang kita tak tahu hujungnya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home